Tuesday, December 23, 2014

Pentingkah Urutan susu semasa mengandung?



TIPS DI SAAT-SAAT  AKHIR SEBELUM BERSALIN


Ahad yang lepas 21 Dec 2014, YAA ada temujanji di Klinik desa. Sekarang dah masuk 37 minggu usia kandungan bermakna sekali seminggu mesti bertemujanji dengan nurse di sana. Risau jugak setiap minggu bertemujanji ni…. Risau berat badan naik mendadak laa….
Sebelum sampai due bersalin ini rasa nak makan macam-macam la pula….
Ais krim
Coklat Bar
Karipap berinti ubi buatan sendiri
Air kelapa
Coconut shake
ABC special

Nyum nyum nyum semua makanan YAA mengidam manis-manis. Kalau masam dan ala-ala asam  boi baby tak suka. Tengah makan pun perut di kick flying dari dalam oleh baby.  Serik la nak makan makanan masam atau jeruk. Memang baby sensitive sangat ngan makanan masam. Anti-masam kot macam ibu dan ayahnya laa kan?

Panjang pula YAA bercoleteh…. Sebenarnya  YAA nak sharing TIPS PERSEDIAAN SEBELUM BERSALIN yang diperturunkan oleh Nurse di Klinik Desa. Semoga tips ini bermanfaat untuk bakal-bakal ibu yang terHEBAT dan PenYAYANG.

Bahayakah jika bayi mengeras semasa trimester ketiga



♥ ♥ ♥   GIMIK SI JANTUNG HATI    
Kandungan ku lagi 2 hari nak masuk 37 minggu pada 16 dec 2014. Tapi baby buat gimik kat ibu dan ayahnya. Tengah-tengah malam dalam pukul 12.30 pagi tetiba ade titisan darah keluar dari bawah, baby pula mula mengeras lebih daripada 10 minit. Puas YAA pujuk dan usap perut, baby tetap mengeras maybe protes mengacau baby tengah tidur.

Kesejukan air di Musim banjir pun YAA dah tak hirau, terus pergi mandi dan cek bahagian bawah masih ade cebisan darah sedikit dan baby tetap mengeras sama seperti tadi. Hati dah rasa tak keruan, terus hilang mood mengantuk tadi. Perasaan gundah gulana hanya Allah yang tahu. Suami terus pujuk pergi hospital  tengah-tengah pagi. Nasib baik semua perrsiapan beg baby,ibu dan bakul termos telah sebulan yang lalu lagi dipacking.

Tiba jer di hospital macam orang mamai pula rasa. Doktor Tanya macam-macam soalan macam kena interview lak rasanya. Tapi sebab perasaan risau kan baby lagi tinggi soalan Doktor seakan berlalu begitu sahaja tanpa jawapan.  Doktor terus buat pemeriksaan perut dan bahagian miss V untuk cek bukaan jalan. Selepas itu doktor terus hantar masuk  wad.



 cara CTG dipakaikan diperut ibu mengandung untuk mengesan denyutan jantung bayi dan kontraksi.
 

Ingatkan best masuk wad ni… sekali dia buat pemeriksaan kontraksi baby dan jantung baby. Kontraksi memang tinggi hampir 100 volt.,tapi  kontraksi jantung baby amat sikit sangat wave dia. Sebab baby tengah syok tidur. Jenuh nurse nak kejutkan baby, so ibu lah mangsanya. YAA kena sedut oksigen, dimasuk air satu beg.. huhuhu boleh tahan lagi sakitnya. Pukul 3 pagi YAA kena injured untuk dose matangkan paru-paru baby. Yang ini memang tak tertahan kesakitannya amat-amat sakit dan perit. Rasa nak tendang aje nurse yang injured YAA tu… memang sakit tau!

Monday, December 22, 2014

Rahsia nak jadi Jutawan





50 Fakta Menarik tentang Kisah dan Prinsip Hidup TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY
ORANG MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA-semoga ianya dapat memberi teladan dan inspirasi buat kita semua dalam memajukan diri dan ummah, InsyaAllah. 



1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan WARISAN UNTUK ANAK BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.

2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. SAYA PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA SAHAJA ASALKAN MEREKA BERUSAHA DENGAN TEKUN . Tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT.

Sunday, December 14, 2014

Risau berat badan naik secara mendadak ketika hamil



Berat badan naik mendadak?

Assalamualaikum wrt…. Semoga sahabat-sahabat semua sihat walafiat selalu.  Teruja dengan kehamilan PERTAMA? Mesti anda sebagai ibubapa nak yang terbaik untuk si Jantung hati anda. Semua makanan berkhasiat dan sedap terasa nak makan supaya si kecil turut mendapatkannya.  Tapi  awas! Jangan berat badan anda bertambah melebihi paras yang ditetapkan oleh pihak hospital udah ler. Penyelesaian yang terbaik dari pihak hospital adalah minum air gula satu gelas dan berpuasa 12 JAM.

YAA dah 2x dikenakan minum air gula gara-gara berat badan naik secara mendadak. Serik juga bila malam-malam seawal pukul 10 malam YAA disarankan berpuasa dan lebih kurang pukul 11 tengahari baru dibenarkan berbuka. Baby dalam perut protes tak mau tidur masa kali pertama YAA dikenakan minum air gula. Pukul 5 Pagi baru dapat tidur, baby mengamuk kelaparan kot…. Hihihihi. Kuat makan macam ibunya jugak baby ini.


Wednesday, November 26, 2014

Anda ingin hamil dan cahaya mata yang comel?








SET SUBUR 1



Set kesuburan ini sebagai iktiar kita untuk hamil. Kerana Allah swt lebih suka  kita terus berusaha tanpa berputus asa dengan ujianNYA ini  untuk mendapatkan cahaya mata. YAA dalam tujuh bulan ikhtiar dengan Shaklee,Alhamdulillah dengan izin Allah swt yang disahkan preggy 5 bulan  masa berjumpa Doktor. Oppss… Mesti ramai yang nak tahu kan macamana dah LIMA BULAN baru sedar PREGGY? Boleh terus hubungi YAA 013-4483 505, Whatsapp ke mesej ke YAA akan cuba luangkan masa. In sya allah.

Ini Antara set Basic kesuburan yea isteri-isteri comel dan kuat serta tabah.

WANITA



Alfalfa Complex
 - Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

Hint anda akan bersalin?



TANDA-TANDA KELAHIRAN
·         ketahui tanda-tanda awal kelahiran supaya anda lebih bersedia.
·         antara tanda-tanda awal kelahiran ialah:
a. Berlaku kontraksi dan terdapat sedikit darah keluar dari faraj. Kontraksi boleh berlaku secara tiba-tiba
b. Cirit-birit dan diikuti dengan rasa memulas pada bahagian perut
c. Sakit belakang yang agak teruk dan tidak menentu
d. Sengal di bawah perut seperti senggugut
e. Cairan amniotik atau air ketuban keluar sedikit demi sedikit

Monday, November 17, 2014

♥Sembelit boleh menyebabkan buasir ketika hamil♥ AWAS!



ADUH! Sakitnya sembelit.

 

Sembelit adalah masalah yang biasa berlaku pada wanita yang hamil. Hampir kesemua wanita yang hamil mengadu mengalami sembelit terutama berada di akhir kehamilan. Tahap sembelit pula berbeza-beza. Ada yang mengadu tidak membuang air besar beberapa hari, sehingga rasa tidak selesa pada abdomen mereka. Ada juga yang mengadu najis mereka keras dan sukar dikeluarkan.

      Jika anda tahu, sembelit mampu menyebabkan buasir. Ketika anda hamil, sembelit akan menyusahkan anda. Jika anda membiarkan sembelit berterusan tanpa apa-apa tindakan, ibu hamil lebih mudah mendapat buasir. Sebagai contoh, anda kurang membuang air besar melebihi 3 hari, najis kering, dan sukar dikeluarkan bahkan kadangkala perlu meneran dengan kuat untuk membuang air besar. Hal ini akan menyebabkan otot-otot pada pembuluh darah di dalam lubang dubur akan melemah. Oleh sebab itu, ibu hamil mudah mendapat buasir.

Saturday, November 15, 2014

Rahsia untuk tingkatkan kesuburan suami anda



Tips nak tambah kehebatan suami anda

Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.

Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.

Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Sunday, November 9, 2014

Vitamin yang Terbaik untuk Ibu Hamil yang menghidapi Diabetes



Preggy Mom & Diabetes
Pengambilan 4 Jenis Vitamin bersama ESP untuk ibu mengandung yang mempunyai diabetes.

Jom lihat fungsinya satu persatu.


 1.Vita-lea Iron formula :
 DILENGKAPI dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Membantu meningkatkan HB ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.


2. B complex : 
LENGKAP dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu-ibu sentiasa berfikiran positif. Vitamin B juga dapat mejadikan wajah ibu lebih cantik berseri dan tidak kusam.

Tuesday, November 4, 2014

PART 3 :Bahaya bila ibu Hamil diabetes.




APAKAH YANG AKAN BERLAKU, BILA IBU HAMIL DISUSPEK ADA DIABETES (GDM)

Ibu yang berisiko biasanya akan disuruh jalani MGTT. Antara risikonya adalah:
 ♥  Mempunyai ibu / bapa penghidap diabetes
 ♥  Berat badan naik mendadak 
 ♥ Kandungan sebelum ini memang ada GDM
 ♥  Ibu yang melahirkan bayi besar sebelum ini

Ibu akan diminta berpuasa dari jam 10 malam hingga keesokannya. Bila sampai di klinik, bacaan gula dalam darah akan diambil. Selepas itu ibu akan diberi minum air glukosa.

Air ni memang manis, tak tahula berapa sudu gula dimasukkannya. Memang dah ada sukatan. Lepas minum air gula ibu disuruh tunggu selama 2 jam sebelum bacaan gula dalam darah diambil sekali lagi. Dalam tempoh 2 jam ini ibu tidak boleh makan atau minum apa-apa lagi.

Bayangkanlah puasa sejak pukul 10 malam dan pulak tu pukul 8 pagi pun belum boleh makan. Kena tunggu 2 jam lagi! Seksanya.  Saya semalaman tak dapat tidur langsung kerana baby kelaparan. Pukul 5 pagi baru terlelap mungkin terlampau lapar kot.. hihihi..  Saya hanya minum air kosong sahaja sehingga pukul 11 tengahari, baru lah darah diambil sekali lagi dan setengah jam kemudian keputusan darah dikeluarkan dari makmal.  Lega! Barulah dapat mengalas perut walaupun dengan keropok dan pisang goreng sahaja kerana terlampau kelaparan, hehehe…

Monday, November 3, 2014

PART 2 : Penyakit Diabetes di kalangan Ibu Hamil



Fenomena Diabetes Melanda ibu Hamil

Mengawal kadar gula dalam badan merupakan tugas setiap manusia, sebab bila paras gula terlalu tinggi kerana beberapa organ dalam badan sudah mula rosak kita akan menghadapi hiperglisemia dan boleh membawa kematian. Sebaliknya jika paras gula dalam badan terlalu rendah dan badan kehilangan tenaga untuk bergerak, maka kita akan menghadapi keadaan hipoglisemia dan boleh juga membawa kematian. Jadi, kawalan gula dalam darah yang stabil sangatlah penting agar kedua-dua fenomena di atas tidak berlaku.

Kadar gula dalam darah yang normal berada antara 4.4 hingga 6.1 mmol. Sesiapa yang mempunyai kadar gula dalam darah di bawah atau di atas daripada kadar normal akan menghadapi dua kes yang disebut dalam perenggan di atas, iaitu hipoglisemia (kurang gula) atau hiperglisemia (lebih gula).

Bagi mereka yang mempunyai fenomena kencing manis sebaiknya mempunyai alat pengukur  kadar darah agar kita boleh mengetahui pada bila-bila masa kadar gula dalam darah, dengan mengetahui kadar gula dalam darah kita boleh mengambil tindakan segera mengatasi masalah.

Sunday, November 2, 2014

PART 1: Tanda-tanda awal penyakit kencing Manis( Diabetes).



Apakah makna Kencing manis?

Penyakit kencing manis juga dikenali sebagai diabetes mellitus




PUNCA
Penyakit ini ialah suatu keadaan yang mana terdapatnya ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin. Insulin ialah suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot. Insulin juga menyebabkan lipogenesis, iaitu pembentukan trigliserida dan lemak. Ia juga menghalang pemecahan lemak dan meningkatkan penghasilan glukosa dalam hati.

6 Rahsia nak Kaya dan Dermawan?




Friday, October 24, 2014

Amalan menjemput Rezeki dan sumber Kekayaan Hakiki

Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah:


1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.

2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.

3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.

Saturday, October 11, 2014

Apakah sebab anda perlu memilih SET HAMIL SHAKLEE?



Assalamualaikum wrt…. Dan selamat Petang semua…

          Syukur pada Allah YAA amat teruja dengan kehamilan anak sulung ini dengan izin Allah YAA hamil dengan SET KESUBURAN shaklee setelah 3 tahun menanti cahaya mata.  YAA consume 8 bulan set subur tanpa putus asa, doa bersungguh-sungguh dan berserah sepenuhnya pada Kekuasaan Allah. Alhamdulillah, terima kasih Ya allah yang Maha Pemurah.


        Di saat kehamilan semakin membesar, YAA telah  berhenti kerja. Atas saranan husband nak YAA jadi surirumah sepenuh masa sebab dia nak kandungan betul-betul sihat dan  YAA yang perlu menjaga baby setelah bersalin nanti. Sebab SAYANG SANGAT KAT ANAK INI dan tak nak serahkan pada mana-mana pengasuh. Kebetulan YAA pun dah ada income dengan Shaklee as a Part time Job. So, i'm go on as a agent shaklee.


YAA consume SET PREGGY shaklee sebab YAA sayang sangat pada diri sendiri dan juga baby.  Antara vitamin yang YAA consume sepanjang tempoh kehamilan 
Vitamin C  
Vitalea        ♥
ESP           ♥
Mealshake
B complex
Omega Guard
Ostematrix

Wednesday, October 1, 2014

Bagaimana untuk cegah demam kuning bayi di Awal kehamilan lagi?



Bayi anda Bebas dari Kuning?

Ramai bakal ibu yang bertanya cara merawat jaundice, malahan ramai yang menyangka  bahawa jaundice ini sudah menjadi wajib kepada bayi-bayi yang baru lahir di era ini .  Tetapi mengikut statistic yang di buat kerajaan  jaundice ini akan terkena pada 6 dari 10 orang bayi yang dilahirkan (neonatal jaundice), bermaksud pasti ada sebab kenapa yang 4 lagi tidak terkena. 

Adalah perlu kita ketahui, dalam Perubatan Islam konsep Al Wiqayah Khairun Minal Ilaj (Mengelak lebih baik dari merawat) dipegang. Hal yang sama juga perlu pada permasalahan neonatal jaundice. Satu jawapan mudah yang dapat diberi BACK TO SUNNAH.



Jaundice adalah dari bahasa Perancis iaitu ‘jaune yang bermaksud kuning. 

Ianya melibatkan permasalahan sel darah merah manusia yang terurai menghasilkan partikel atau komponen yang dipanggil bilirubin. Ianya tidak larut air dan akan dibawa atau dihantar ke hati(liver) untuk diubah menjadi larut air.

Saturday, September 27, 2014

♥♥♥Pantang larang supplement shaklee yang mesti anda tahu♥♥♥



1.  Vita E Complex BOLEH diambil bersama Alfalfa?

Reason : Takde bukti saintifik menunjukkan pengambilan bersama-sama ni tak boleh.

Penerangan lanjut : Cumanya, Alfalfa pun ada kandungan Vita E, so ia akan mungkin sebabkan penyerapan kurang optimum. Nak pulak..usually kite ambil Alfalfa kan lebih dari sebiji..

bila makan sekaligus banyak-banyak  supplement ,penyerapan kurang berkesan.



2. Kenapa kita makan asing-asing  Vita E & GLA Complex ?

Sebab masing-masing ada Vita E, so ia mungkin menyebabkan serapan kurang efisien bila makan serentak.

Friday, September 26, 2014

♥♥♥ Teknik berkesan untuk tingkatkan susu badan ibu ♥♥♥



♥♥♥ POWER PUMPING, TEKNIK TINGKATKAN HASIL SUSU IBU ♥♥♥

Apa itu Power Pumping?
Power Pumping merupakan satu teknik mengepam susu ibu yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik mengepam cara power pumping ni adalah sama seperti rutin kita mengepam selalu. Bezanya, ada teknik dan cara perlaksaan yang special bila kita mengepam menggunakan teknik Power Pumping ini. Teknik ni adalah untuk meniru gaya bayi menyusu dan secara tak langsung akan meningkatkan hasil susu ibu yang di pam oleh ibu.


Siapa Perlu Buat Power Pumping?

1-      ♥ Ibu yang kekurangan susu Kekurangan susu adalah berpunca daripada pelbagai faktor spt Period, perubahan hormon, emosi ibu terganggu dan lain-lain.
2-      ♥ Ibu yang menyusukan anak angkat.
   Teknik Power Pumping digunakan untuk merangsang susu keluar.
3-      ♥ Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula anak yang telah berhenti menyusu susu ibu.





Macam Mana Nak Buat Power Pumping?

Thursday, September 25, 2014

Tips untuk terus menyusu badan sehingga anak berusia 2 Tahun..♥♥♥



Anda mungkin akan gagal dalam cita-cita anda untuk menyusukan bayi anda sepenuhnya JIKA:

1) Tiada keyakinan - KEYAKINAN sangat penting untuk memastikan kejayaan anda menyusukan bayi anda sepenuhnya.
YAKIN yang anda mampu menyusukan bayi sehingga 2 tahun,
YAKIN yang anda mampu menangani sebarang cabaran mendatang. Jika tidak yakin, dengan mudah anda akan mengalah.

2) Kurang ilmu - Kurang ilmu tentang penyusuan akan menyebabkan anda dengan mudah percaya yang anda tiada susu, tak cukup susu, maka terus berhenti untuk berusaha.
Tiada ilmu juga menyebabkan anda tidak yakin menyusukan bayi adalah sangat mudah jika betul tekniknya.

3) Tidak bersungguh-sungguh - Ramai yang nak menyusukan anak, tapi tidak bersungguh-sungguh. Apabila ada masalah susu merudum, stok EBM susut, baby meragam, tak larat mengepam.. maka dengan mudah anda akan mengambil alternatif untuk memberikan susu formula.


♥♥♥Cara Meneran Semasa Bersalin...♥♥♥



CARA MENERAN SEMASA BERSALIN.
♥♥♥ Jom Berkongsi Pengalaman Anda ♥♥♥

1. Angkat Kepala Dagu Cecah Dada.


2. Mata Pandang Perut.


3. Tangan Pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali)


4. Masa meneran, jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tak kuat.


5. Masa meneran,  jangan sesekali angkat punggung.Kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina.



6.Tarik nafas sedalam yang boleh dan meneran macam nak buang air besar tanpa blow nafas anda..Meneran sekuat yang terdaya selama yang boleh dan curi nafas then sambung meneran..
Tiap kontraksi try 3kali...time kontraksi je push sebab time tu baby pun gerak sama so jangan buang masa, ada kontraksi terus push macam cara-cara tadi..
Takde kontraksi,relax...

7. Baca Bismilah, Selawat


8
. Tips Tambahan: kongsi la tips ni dengan husband supaya dapat mengingatkan anda. Mungkin masa tu anda akan terlupa dek menahan sakit.bila husband dah tau senang la dia memberi panduan kan (masa tengok tu ada sorang suami nie setia menemani isteri dia bersalin, sambil bisik-bisik kat isteri dia bagi semangat)