Sunday, September 7, 2014

Simptom-simptom anda telah mengandung,anda mempunyai naluri seperti semangat, kekuatan, ketenangan, kedamaian dan kesabaran dalam diri.



♥♥♥PERCAYA SEBELUM BERJAYA♥♥♥

ALHAMDULILLAH…. Tenang rasa hati setelah mendapat  perkhabaran gembira ini iaitu kehadiran Orang baru dalam hidup kami. Terima kasih Ya Allah dengan rezeki ini.  




SIMPTOM- SIMPTOM SAYA TELAH PREGGY TANPA DISEDARI



PERTAMA  simptomnya YAA Rasa hari-hari bersemangat sangat, YAA dan berhenti kerja sebelum bulan puasa hari itu, dalam penghujung bulan JUNE 2014.  Memang fokus sangat dengan rutin harian sebagai suri rumah sepenuh masa. Suka sangat buat kerja rumah dan tahap RAJIN semakin berdouble-double lagi.  Sepanjang bulan puasa itu satu hari sahaja YAA  tak bangun untuk masak sahur sebab terlampau letih kot.  Best jugak jadi suri rumah ni, sebab rilex sikit dan takde kekangan masa sangat. 
Dulu masa kerja memang pressure sangat, sebab kerja office hour . Cuti sehari seminggu dan takde istilah untuk rehat.  Hampir tiga tahun juga kerja di Billion Shopping Centre Kota Bharu sebagai Kerani Akaun untuk cawangan Billion Mart Tanjung Chat.



KEDUA  En. Suami cukup sensitif dan kuat merajuk. Padahal awal-awal kahwin dulu YAA yang selalu merajuk. Tak boleh silap atau lambat sikit .Mesti muncung sedepa. Sampai En suami pun naik give up nak memujuk setiap masa. Tapi masa YAA preggy (masa belum syak lagi preggy ) pantang silap sikit mesti  En suami merajuk tau. Sampai YAA terfikir mesti ini balasan Allah sebagai peringatan sebab selalu buat  suami sedih dulu-dulu sepanjang tiga tahun usia perkahwinan YAA  dek  kerana  YAA kuat  merajuk . YAA redha walaupun sedih jugak sebenarnya…hihihihi


KETIGA, YAA rasa diri YAA kuat sangat  walaupun perasaan sensitif  YAA  semakin menjadi-jadi.  Mana taknya pantang kena marah sikit mesti menangis sakan. Menangis semahu-mahunya macam sakit berdarah ada laaa..  Tapi En.suami tak pernah pujuk tau masa ni ,jarang-jarang sangat dia pujuk.  Tapi lepas habis menangis mesti YAA cool jer semacam ada satu perasaan dan naluri yang menenangkan hati masa tu. Rasa kepuasan diri  bila dapat menangis dan meluahkan pada diri sendiri.  ( rupanya si baby comel dah dengar masa itu)



KEEMPAT, dulu sebelum preggy YAA ini jenis kurang sabar tau! Kalau nak barang atau makanan on the spot. Kalau En.suami lupa beli atau silap beli jer barang yang dikirim mesti membebel sebakul dan merajuk sampai tak makan nasi.  Tapi semenjak dua menjak YAA preggy tanpa sedar ini.  YAA macam steady aje dengan apa-apa nasib yang menimpa :-
En.suami lupa beli barang yang nak ke..
En.suami tak nak beli ke…
En.suami postpone berhari-hari ke barang yang diidamkan ke….
En.suami tak tunaikan apa yang dia janjikan sebelum ini ke…

YAA langsung tak marah dan tak ungkit pun. Kalau En.suami belikan Alhamdulillah, Kalau dia tak beli pun YAA redha. Seakan-akan ada naluri yang meniup semangat, kekuatan, ketenangan, kedamaian dan kesabaran dalam diri YAA. Dialah ANAKKU SAYANG  YANG sudah menjangkau usia 21 minggu saat aku mengetahui yang aku preggy. 

THANK YOU ALLAH SWT DENGAN REZEKI YANG AMAT BERNILAI INI...



1 comment:

  1. Casino de mcd
    CASINO 보령 출장마사지 de mcd - Games, Casinos, Dining & Entertainment. Find a location near you and reserve a 광주광역 출장샵 seat. 보령 출장샵 Click here 당진 출장안마 to view Casinos de 강원도 출장샵 mcd reviews and information.

    ReplyDelete