Tuesday, August 26, 2014

Resepi Rendang Daging yang paling mudah.



Hari ini resepi untuk  lunch kami Rendang Tok Wan…. Pertama kali mencuba pun sudah menjadi. Cewah!!! Rasanya memang terangkat habis dan sangat  Sedap…. Nanti buatlah untuk ORANG TERSAYANG pasti cair dan bertambah sayang.

Tengahari tadi sikit pun tak planning nak buat  rendang.  Boring juga setiap hari nak masak ,asyik-asyik Menu yang sama Setiap minggu. Kita Tukang masak ni pun dah jemu tengok Menu sama, Orang yang nak makan lagi berkali-kali jemu rasanya.

Dulu  masa anak dara tak nak belajar masak, dah kahwin ni asal RESEPI BARU sikit Minta bantuan MR GOOGLE laa kita…..



Ini lah hasil Rendang air tangan ku Hari ini.

Nak buat rendang ini takde la susah mana, semudah ABC aje. Jom kita tengok :

RESEPI RENDANG TOK WAN
BAHAN UNTUK DIBLENDER
3 Ulas Bawang Putih
1 Biji Bawang Besar
6 Biji Cili Padi
Seinci Halia
4 Batang Serai
Sedikit Kunyit Hidup

BAHAN UNTUK DIMAYANG ( Hiris Nipis-nipis)
Sedikit daun Kunyit
4 Helai Daun Limau Purut

LAIN-LAIN BAHAN
2 Sudu kerisik
Setengah Kilo Daging
3 Sudu Besar Cili Kering Yang sudah Diblender
Santan Pekat RM2 

 Sediakan bahan yang diperlukan. Kerisik dan santan lupa nak shot. 
Nasib baik ibu ku ada kebun, serai, Daun Kunyit dan daun Limau Fresh dari kebun ibu.


Siap prepared bahan yang nak diblend.



 Tumis bahan yang telah diblend sehingga naik bau dan masukkan cili kering dan tumis lagi sehingga pecah minyak.



 Apabila hasil tumis telah pecah minyak, masukkan daging yang separuh empuk dalam kuali.


 Kacau hingga sebati dan biarkan daging mendidih dan betul-betul empuk.


 Masukkan santan kacau sebentar, selepas itu masukkan kerisik dan perasa.


Bila air dalam kuali nampak sudah kering dan rendang pun sudah memekat, bolehlah taburkan daun limau dan daun kunyit. Dah siap!


Macamana kawan-kawan semua? Senangkan memasak. Nanti esok YAA nak try buat kek pula untuk makan petang Encik Suami Dan Ibu. Nanti dah siap YAA kongsi lagi yea.

Assalamualaikum.. 


No comments:

Post a Comment