Sunday, December 14, 2014

Risau berat badan naik secara mendadak ketika hamil



Berat badan naik mendadak?

Assalamualaikum wrt…. Semoga sahabat-sahabat semua sihat walafiat selalu.  Teruja dengan kehamilan PERTAMA? Mesti anda sebagai ibubapa nak yang terbaik untuk si Jantung hati anda. Semua makanan berkhasiat dan sedap terasa nak makan supaya si kecil turut mendapatkannya.  Tapi  awas! Jangan berat badan anda bertambah melebihi paras yang ditetapkan oleh pihak hospital udah ler. Penyelesaian yang terbaik dari pihak hospital adalah minum air gula satu gelas dan berpuasa 12 JAM.

YAA dah 2x dikenakan minum air gula gara-gara berat badan naik secara mendadak. Serik juga bila malam-malam seawal pukul 10 malam YAA disarankan berpuasa dan lebih kurang pukul 11 tengahari baru dibenarkan berbuka. Baby dalam perut protes tak mau tidur masa kali pertama YAA dikenakan minum air gula. Pukul 5 Pagi baru dapat tidur, baby mengamuk kelaparan kot…. Hihihihi. Kuat makan macam ibunya jugak baby ini.


Mesti ramai ibu-ibu tak tahu KENAIKAN  berat ideal yang disarankan oleh pihak hospital.
Untuk kandungan 1 hingga 5 bulan:- kenaikan yang dibenarkan adalah 0.5 kg sahaja setiap bulan
Untuk kandungan 6 hingga 9 bulan :- Kenaikan yang dibenarkan adalah 2.0 kg setiap bulan.

Hmmm… tak banyakkan kenaikan berat badan untuk si ibu, so makan jangan main hentam sahaja. Jangan asyik duk mengidam macam-macam pula kalau anda hantu makan. Nanti susah pula duk berulang alik ke hospital tiap-tiap hari dan minggu. Driver pun merepek berbakul-bakul nanti.



CARA MENGATASI

Kenaikan sebanyak 0.5 kg seminggu ketika hamil dikatakan sebagai normal. Bagi wanita yang kurus, boleh mengalami kenaikan sebanyak 20kg sepanjang kehamilannya. Manakala untuk wanita yang obes pula, selalunya tidak mengalami kenaikan berat badan yang banyak, mungkin 5kg sahaja sepanjang kehamilan.

Bagi mengelakkan kenaikan berat badan yang mendadak, anda bolehla mengambil makanan yang berserat tinggi dan berkalori rendah. Elakkan makan makanan berkalori tinggi. Di antara
makanan yang berserat tinggi dan berkalori rendah adalah :-
1.   Sayur-sayuran kecuali kentang dan ubi kerana ia berkarbonat tinggi dan hendaklah dimakan dalam jumlah yang minima,
2.   Buah-buahan. Namun buah-buahan yang manis seperti anggur, durian, rambutan dan lain-lain hendaklah di makan hanya sedikit kerana mengandungi "gula" yang boleh menambahkan berat badan.
3.   Karbohidrat kompleks seperti beras perang, bijirin penuh dan roti penuh
4.   Protein tanpa lemak seperti ayam yang dibuang kulit dan ikan.
5.   Air kosong.



PUNCA KENAIKAN BERAT BADAN



Kenapa wanita hamil mengalami masalah pertambahan berat badan yang mendadak?
  • Ramai wanita hamil sering mengatakan diri mengidam itu dan ini. Misalnya makanan seperti buger, piza, ayam goreng (dan semua makanan yang di goreng) dan akan merajuk jika ada pihak menasihatkan supaya berhenti makan makanan yang berkalori tinggi ini.
  • Ibu-ibu hamil yang mengamalkan tabiat makan untuk dua orang. Padahal bayi cuma memerlukan 100 kalori/kilogram sehari. Si ibu pula makan 3000-4000 kalori sehari,
  • Ibu-ibu yang sering makan makanan dan minuman manis (ini termasuklah pengaambilan susu untuk wanita hamil yang berlebihan,minuman berkhasiat tetapi berkalori tinggi, susu pekat manis, kuih-muih, kek, roti, bun, gula-gula, aiskrin, coklat dan banyak lagi)


Jika anda merupakan seorang ibu hamil yang mengalami masalah berat badan, jumpalah pakar pemakanan jika ada di hospital berhampiran. Jika masalah berat badan meningkat secara berlebihan, anda perlu diperiksa untuk masalah kencing manis.

Ibu mengandung memerlukan pemakanan yang baik untuk dirinya dan juga bayi yang dikandung. Jesteru, ibu seharusnya makan mengikut keperluannya bermula pada awal kehamilan bagi memastikan kandungan dan berat badan ibu yang ideal.

No comments:

Post a Comment