Monday, November 3, 2014

PART 2 : Penyakit Diabetes di kalangan Ibu Hamil



Fenomena Diabetes Melanda ibu Hamil

Mengawal kadar gula dalam badan merupakan tugas setiap manusia, sebab bila paras gula terlalu tinggi kerana beberapa organ dalam badan sudah mula rosak kita akan menghadapi hiperglisemia dan boleh membawa kematian. Sebaliknya jika paras gula dalam badan terlalu rendah dan badan kehilangan tenaga untuk bergerak, maka kita akan menghadapi keadaan hipoglisemia dan boleh juga membawa kematian. Jadi, kawalan gula dalam darah yang stabil sangatlah penting agar kedua-dua fenomena di atas tidak berlaku.

Kadar gula dalam darah yang normal berada antara 4.4 hingga 6.1 mmol. Sesiapa yang mempunyai kadar gula dalam darah di bawah atau di atas daripada kadar normal akan menghadapi dua kes yang disebut dalam perenggan di atas, iaitu hipoglisemia (kurang gula) atau hiperglisemia (lebih gula).

Bagi mereka yang mempunyai fenomena kencing manis sebaiknya mempunyai alat pengukur  kadar darah agar kita boleh mengetahui pada bila-bila masa kadar gula dalam darah, dengan mengetahui kadar gula dalam darah kita boleh mengambil tindakan segera mengatasi masalah.






Apakah yang menyebabkan wanita hamil  berpontensi untuk mendapat diabetes semasa hamil?

Metabolisma glukosa semasa hamil amat berbeza. Ini amat penting bagi menentukan janin mendapat cukup tenaga dalam bentuk glukosa bagi menjaga organ-organ vital seperti otak semasa pembesaran dalam rahim. Permintaan insulin semasa hamil meningkat sepanjang kehamilan berlaku dan maksimum diakhir kehamilan. Hormon-hormon yang dikenali sebagai hormon diabetogenik( human placental lactogen,cortisol,glucagon,oestrogen dan progesterone) dikeluarkan olih plasenta. Hormon-hormon tersebut akan menyebabkan simpanan glikogen dalam hati menjalani proses glikogenlisis, Proses ini akan memecahkan simpanan glikogen kepada molekul-molekul glukosa untuk kegunaan sel-sel dan organ-organ. Ibu hamil yang normal akan dapat mengimbangi pengeluaran insulin dalam badan mereka untuk ‘melawan’ kesan hormon diabetogenik ini. Ibu-ibu ini akan dapat mengawal paras gula mereka pada 4.0 hingga 4.5 mmol/L. Ibu-ibu yang diabetis akan mengalami kesukaran mengawal paras glukosa mereka. Ibu-ibu yang diabetic ini bukannya mereka tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup tetapi disebabkan masalah ‘insulin resistance’. Keadaan ini dimana sel-sel,organ-organ dan otot-otot tidak dapat menggunakan insulin sebaiknya walaupun paras insulin itu normal.




Siapakah diantara ibu-ibu hamil yang akan dapat diabetes?

1.       Sejarah keluarga yang ada penyakit diabetes
2.       Obesiti (BMI  melebihi 30), berat badan melebihi 85 kg
3.       Umur  melebihi 35 tahun
4.       Pernah melahirkan anak besar( berat anak melebihi 4 kg)
5.       Pernah mengalami kematian bayi dalam perut
6.       Pernah mengalami GD sebelum ini
7.       Sindrom Polisistik Ovari(PCOS)
8.       Kehamilan ini mengalami polyhydramnios(air ketuban berlebihan)
9.       Kehamilan ini terdapat 2 kali glycosuria (air kencing mengandungi gula)
10.   Ujian glukosa dalam darah secara rawak




Jika anda mempunyai faktor-faktor risiko seperti di atas, anda akan di uji dengan Ujian Oral Tolenrasi Glukosa (Oral Glucose Tolerance Test(OGTT/MOGTT)

Dalam kencing manis pun fenomena diukur daripada kandungan gula dalam darah biasanya dalam unit mmol/L. Jika selepas melaksanakan OGTT (Oral Glucose Tolerance Test) kadar gula kurang dari 6.1 mmol/L anda dianggap normal dan selepas 2 jam mengambil glukosa, bacaan kadar gula dalam darah anda berada di bawah paras 7.8 mmol/L, anda dikatakan normal atau tiada fenomena kencing manis. Anda akan dikategorikan sebagai pengidap kencing manis jika bacaan dalam ujian OGTT melebihi 7.0 mmol/L dan selepas 2 jam pengambilan glukosa ialah melebihi 11.1 mmol/L.


YAA harap penerangan di atas dapat membantu anda yang buntu tentang penyakit diabetes ini. Ikuti sambungan yang lagi menarik untuk diabetes semasa hamil.


Memerlukan sebarang jawapan?
Hubungi saya YAA 013-4483 505.


No comments:

Post a Comment