Monday, November 17, 2014

♥Sembelit boleh menyebabkan buasir ketika hamil♥ AWAS!



ADUH! Sakitnya sembelit.

 

Sembelit adalah masalah yang biasa berlaku pada wanita yang hamil. Hampir kesemua wanita yang hamil mengadu mengalami sembelit terutama berada di akhir kehamilan. Tahap sembelit pula berbeza-beza. Ada yang mengadu tidak membuang air besar beberapa hari, sehingga rasa tidak selesa pada abdomen mereka. Ada juga yang mengadu najis mereka keras dan sukar dikeluarkan.

      Jika anda tahu, sembelit mampu menyebabkan buasir. Ketika anda hamil, sembelit akan menyusahkan anda. Jika anda membiarkan sembelit berterusan tanpa apa-apa tindakan, ibu hamil lebih mudah mendapat buasir. Sebagai contoh, anda kurang membuang air besar melebihi 3 hari, najis kering, dan sukar dikeluarkan bahkan kadangkala perlu meneran dengan kuat untuk membuang air besar. Hal ini akan menyebabkan otot-otot pada pembuluh darah di dalam lubang dubur akan melemah. Oleh sebab itu, ibu hamil mudah mendapat buasir.





Penyebab sembelit ketika hamil?
1.Rasa Kerisauan,
2. Kurang Pergerakan Fizikal
3.Pemakanan Yang Kurang Serat (Fiber).
(Makanan yang pedas dan makanan yang berjenis ‘fast-food’. Makanan-makanan ini semua akan menyebabkan najis menjadi keras kerana dalam makanan tersebut tiada serat yang mengandungi air. )

 4.Dalam Tubuh Wanita Hamil Juga Mengandungi Hormon Progesteron Yang Banyak,
( Yang Menyebabkan Usus Memproses Makanan Dengan Lebih Perlahan. )

5.Rahim Yang Semakin Membesar
( juga akan menyebabkan tekanan fizikal pada usus sehingga menghalang pergerakan najis ke usus besar dan rektum.)



 TIPS UNTUK MENGATASI SEMBELIT
1. Makan makanan yang banyak serat seperti cereals, beras perang, kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan.
2. Minum air secukupnya, antara enam hingga lapan gelas sehari. Minuma jus orune dan yogurt membantu melancarkan system pembuangan najis. Ramai yang mengamalkan minum air suam sebaik saja bangun pagi bagi memudahkan membuang air besar di waktu pagi.
3. Melakukan senaman ringan seperti berjalan, menunggang basikal senaman (stationary bike) juga membantu pergerakan usus besar.
4. Jika sembelit disebabkan oleh pil suplemen yang didapati dari pusat kesihatan, berbincanglah dengan doktor dan jururawat.

 Sekiranya sembelit menyerang…
  1. Banyakkan mengambil makanan berserat.
    • Sayur-sayuran dan buah-buahan segar atau kering, contoh bijirin, kekacang atau betik
  2. Banyakkan minum air atau jus buah-buahan
    • Air dan jus buah-buahan sangat penting bagi pergerakan sisa buangan dalam salurannya.
  3. Dapatkan nasihat doktor
    • Jika sembelit masih tidak berkurang, dapatkan nasihat doktor, kemungkinan anda perlukan supplement.



Selalunya sembelit ketika hamil tidak berbahaya. Namun jika sembelit bersama-sama dengan masalah lain seperti
  Sakit perut yang keterlaluan,
 Sembelit yang diselang selikan dengan cirit-birit
  ♥ Sembelit yang menyebabkan najis bercampur darah,

 maka haruslah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.

 Maka, berusahalah untuk mengelakkan daripada terkena sembelit ketika hamil. Amalkan cara pemakanan yang sihat beserta pengambilan makanan pelengkap yang dibekalkan oleh doktor. Pemakanan yang seimbang ini juga amat penting bagi perkembangan bayi dalam rahim sekaligus mengelakkan penyakit kepada ibu hamil itu sendiri. Wallahua’lam.


 Nak supplement untuk atasi Sembelit?
Hubungi saya YAA
 FB: Noorsuhazira Ismail
Whatsapp / Sms : 013-4483 505
ID 998515

No comments:

Post a Comment