Saturday, August 30, 2014

Tanda-tanda anda penghidap Tiroid dan Vitamin shaklee yang bersesuaian.



Hipotiroidisme tidak terhad pada usia tertentu kerana ia boleh berlaku pada janin, malah pada warga emas berusia 80 tahun ke atas.

Apa yang anda perlu tahu mengenai hipotiroidisme
Wanita hamil berisiko tinggi berhadapan dengan hipotiroidisme. Hormon estrogen dan hormon wanita yang lain akan menjejaskan cara tubuh mengendalikan hormon tiroid dalam sistem tubuh. Wanita yang hamil buat pertama kalinya berhadapan dengan risiko hipotiroidisme pada bulan pertama selepas bersalin kerana sistem imun yang tidak bertoleransi. Imbasan untuk hipotiroidisme pada awal kehamilan boleh mencegah masalah ini bukan saja kepada ibu tetapi kepada janin.

Wednesday, August 27, 2014

Ratu slim superb #shakleeeffect



Sebelum ini aku tak pernah pun kenal apa itu Shaklee. Walaupun sudah tiga tahun aku bekerja di bangunan yang betul-betul berhadapan dengan Shaklee.  Tapi pepatah melayu ada berkata “kalau dah jodoh tak ke mana”  kan?

Bermula la episod Perkenalan aku dan Shaklee.  Dengan bantuan Mr Google aku mencari-cari produk kesihatan untuk stabilkan Haid aku yang tak pernah menentu semenjak di zaman anak dara lagi.  Masa tu, bulan Ogos 2013 tak banyak sangat blog tentang Shaklee.  Aku teliti satu per satu blog tentang vitamin Shaklee, semakin banyak yang aku research semakin banyak blog itu memberi aku keyakinan untuk terus mencuba produk Shaklee. 

Tuesday, August 26, 2014

Resepi Rendang Daging yang paling mudah.



Hari ini resepi untuk  lunch kami Rendang Tok Wan…. Pertama kali mencuba pun sudah menjadi. Cewah!!! Rasanya memang terangkat habis dan sangat  Sedap…. Nanti buatlah untuk ORANG TERSAYANG pasti cair dan bertambah sayang.

Tengahari tadi sikit pun tak planning nak buat  rendang.  Boring juga setiap hari nak masak ,asyik-asyik Menu yang sama Setiap minggu. Kita Tukang masak ni pun dah jemu tengok Menu sama, Orang yang nak makan lagi berkali-kali jemu rasanya.

Dulu  masa anak dara tak nak belajar masak, dah kahwin ni asal RESEPI BARU sikit Minta bantuan MR GOOGLE laa kita…..



Ini lah hasil Rendang air tangan ku Hari ini.

Sunday, August 24, 2014

Masa Afdal untuk berDoa dan semoga diperkenankan oleh Allah swt



12 CARA  Macamana nak MEMUSTAJABKAN DOA kita

------------------------------
1. Cari WAKTU yang MUSTAJAB untuk berDOA. Antara waktu-waktunya
- Ketika Hujan LEBAT
- Ketika duduk diantara 2 khutbah Imam dimasjid
- Ketika 2/3 malam
- Ketika nak Berbuka PUASA





2. Cari HARI yang MUSTAJAB
- Hari AWAL REJAB
- Hari NISFU SYAABAN
- Mlm Hari raya AIDILFITRI
- Mlm Hari raya AIDILADHA
- Mlm JUMAAT & Hari JUMAAT - ada 12 waktu mustajab dihari jumaat

3. Cari TEMPAT MUSTAJAB
- Hijri Ismail, Masjidil haram - dekat pancuran emas, multazam, Babul Fatah

4. Cari amalan-amalan  yang ada kaitan dengan doa untuk mustajab
- Berpuasa
- Musafir - Bermusafir yang lebih dari 2 marhalah

Saturday, August 23, 2014

Bahayakah Migrain? Shaklee boleh membantu Anda



MIGRAIN berlaku apabila  seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang, berbeza tahap kesakitan, kekerapan dan jangka masa serangan. Perkataan “migrain” berasal daripada perkataan Perancis yang bererti sakit kepala sebelah.

Kebiasaannya serangan sakit kepala sebelah menyebabkan sakit di kedua-dua belah. Migrain sejenis sakit kepala yang kronik. Penyakit ini berlaku dalam kalangan kaum wanita daripada lelaki. Wanita lebih banyak terkena migrain berbanding dengan lelaki.
Kadangkala migrain agak sukar dibezakan dengan sakit kepala jenis lain. Sakit kepala akibat gangguan pada sinus atau ketegangan otot leher mempunyai gejala yang hampir sama dengan gejala migrain.

Friday, August 22, 2014

Soalan cepu emas Vitalea yang pasti anda suka, Jom Baca!



Kenali VITA-LEA Shaklee, Multivitamins & Multiminerals yang Hebat !

Keistimewaan Shaklee
-------------------------
Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia.

Asalnya dikenali sebagai 'Vitalize-Mineral' dan disingkatkan sebutan kepada 'Vita-min', dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee.

Multivitamin pertama pada 1915
Penigkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea.


Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Thursday, August 21, 2014

B Complex memberi Kesan kepada Warna air kencing anda?




Vitamin B merupakan vitamin larut air dan Riboflavin yang tidak diserap, tetapi disingkirkan melalui air kencing dan memberi warna kuning cerah kepada urin.

Sekiranya warna urin adalah kuning cerah, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya jika kuning yang gelap, ia menandakan tubuh menghadapi kekurangan air (dehidrasi) dan perlu minum lebih banyak air.

Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut. 


Wednesday, August 20, 2014

Kelebihan Omega Guard shaklee untuk seisi Keluarga Tersayang



Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee 

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita

2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan

3. Mencegah salur darah dari tersumbat

4. Omega 3 dapat mengelakkan strok

5. Mengekalkan tekanan darah normal 

Tuesday, August 19, 2014

Mealshake dapat membantu menambah Selera Makan anak Anda



Meal Shakes - Meal Shakes



✎ Rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak.
✎ Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas.
✎ Sesuai untuk seisi keluarga.
✎ Boleh menjadi instant sahur meal/breakfast sekeluarga .
✎ Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral serta kalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.




 SPECIAL MEALSHAKE VS SNEK/ BIJIRIN

Ais Krim perisa Vanila yang Gebu untuk Si kecil anda

Aroma Vanila yang pasti akan menarik minat si Kecil anda semasa dalam proses pembuatan ais krim Homemade lagi. Kelazatannya sama seperti ais krim Wall Vanila. Untungnya anda boleh deko sendiri nak warna colorful ke, nak warna original Vanila ke, nak rainbow ke semua boleh. 

     Yang pasti Mealshake sebenarnya bertujuan untuk 
  • Memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
  • Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  • Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
  • Meningkatkan selera makan anak jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
  • Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan suplemen berbentuk "tablet"
  • Menangani masalah sembelit pada kanak-kanak


JOM MENGADUN AIS KRIM BERKRIMER VANILA

Monday, August 18, 2014

Kebaikan Vitalea yang di saluti spirulina



Anda baru pertama kali ingin mencuba vitamin keluaran Shaklee? Namun anda tidak pasti Vitamin yang mana satu sesuai dan memenuhi semua keperluan badan dan sel-sel dalam tubuh anda.  Jawapan kepada persoalan yang sering bermain di minda anda telah dirungkaikan, pastinya VITALEA.


KENAPA VITALEA?
Vitalea merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.

Vitalea penting kerana ia menyokong keperluan zat dan nutrisi pemakanan harian kita untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Pengambilan Vitalea dapat  membantu menguatkan sistem imun dan menggalakkan kesihatan jangka panjang. 


Sunday, August 17, 2014

Tips meningkatkan HB ketika mengandung.



Assalamualaikum wrt…
     Ramai kawan-kawanku dah preggy ada yang anak pertama, kedua, dan ketiga pun ada. Tahniah semua! Hari ini YAA  buat research sikit untuk bantu ibu-ibu di luar sana yang sememang ramai semasa mengandung HB rendah. YAA  semasa bujang pun darah rendah sebab keturunan dan Tekanan Study dan Kerja kot.

      Nanti YAA akan bincangkan juga bagaimana nak kekalkan paras HB yang baik  ( > 11g/dl ) kerana ramai para ibu buat yang pertama kali mengandung akan  mengalami masalah ini tetapi tidak tahu kepentingan untuk mengekalkan paras HB yang baik sepanjang tempoh kehamilan.


     Jadi jangan main-main kalau HB rendah ketika mengandung. Nanti anda terpaksa pergi  klinik 2 minggu sekali sebab doktor nak monitor bagi HB jangan rendah. Risiko yang akan anda dan bayi hadapi jika HB anda rendah sepanjang tempoh kehamilan di senaraikan di bawah :-






Saturday, August 16, 2014

Adakah Sakit anda NORMAL atau KRITIKAL?


     Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukan.

       Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

 MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
Mata menjadi merah :
  • Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
  Mata menjadi kabur :
   Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.


Keluar tahi mata :
Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

Keluar air mata :
Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

Ketegangan mata dan kelopak :
Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


Wednesday, August 13, 2014

Rawatan untuk Gastrik dan Simptom-simptom anda adalah Penghidap Gastrik.



Mungkin ramai mendakwa gastrik hanya hadir apabila seseorang itu mengamalkan diet yang terlalu ekstrim atau selalu tidak mengambil makanan. Hakikatnya itu tidak benar sama sekali. Gastrik boleh hadir disebabkan oleh banyak faktor, antaranya:

Makanan pedas 
Makanan pedas adalah lambat dan sukar untuk dicerna oleh perut. Oleh yang demikian perut akan merangsang lebih banyak rembesan asid perut untuk tujuan mencernakannya di dalam perut.


 Makanan masam 
Seperti dengan Makanan yang pedas, makanan yang masam turut akan merangsang rembesan jus gastrik yang  lebih.  Bagi mereka yang gemar makan jeruk semasa perut kosong, lama kelamaan, lapisan mukus yang melindungi dinding perut daripada hakisan asid hidroklorik akan menjadi nipis.

Makanan Goreng (kecuali minyak zaitun)
Makanan yang digoreng adalah berminyak dan sukar untuk dicerna, ia akan berada di dalam perut untuk jangka masa yang lebih panjang.  Kewujudan makanan akan terus merangsang rembesan jus gastrik di dalam perut.

Monday, August 11, 2014

Cara menghilangkan Jerawat dan Resdung.


Kepercayaan wujudnya parasit atau ‘ulat’ di muka yang boleh menyebabkan seseorang itu berasa tidak selesa, gatal-gatal dan hidung tersumbat serta berhingus atau dikenali penyakit resdung adalah mitos semata-mata.

Pakar Hidung, Telinga dan Tekak Hospital Pakar Perdana, di sini, Dr Mohamad Hamzah berkata,  dalam bidang perubatan moden belum pernah terbukti wujud ‘ulat’ di bahagian itu. Katanya, resdung sejenis penyakit hidung disebabkan RADANG pada membran dan sinus pula adalah rongga dalam tulang muka yang diselaputi mukosa atau membran dan apabila bahagian terbabit dijangkiti virus, bakteria atau kulat itu boleh menyebabkan berlaku radang.




Tanda-tanda penyakit resdung adalah:-

Saturday, August 9, 2014

Sedetik Di Majlis Raya Shaklee di Kota Bharu pada 9 Aug 2014


                 

Seronok dapat join Majlis Raya yang di anjurkan oleh Shaklee di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan.  Pelbagai aksi dan celoteh dari Staf HQ yang buat diriku tak kering gusi menahan tawa. Majlis berlangsung dengan gilang gemilang dan meriah sekali!

Ya Allah tak sabar pula nak merasa MASTER CELEBRATION diriku nanti. Pasti seronok kerana rasanya sudah lama Negeri Kelantan tidak mengadakan Master Celebration buat Warga Kelantan.  Adakah aku Perintis kepada Master Key Coordinator di Kelantan July 2015 ? In sya allah, rezeki itu pasti andai kita PERCAYA SEBELUM BERJAYA.



Friday, August 8, 2014

Kelebihan yang ada pada GLA complex Shaklee




GLA complex shaklee bertindak melembapkan kulit, menstabilkan hormon dan membekalkan bendalir kepada sendi yang sakit.  

Apa lainnya vitamin  shaklee ini?
       GLA complex diestrak dari borage seed yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO (Evening Primrose Oil).  Borage juga adalah 3 kali ganda lebih dari segi bioavailabiliti(kemampuan menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu) dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Yang paling best nya lagi  GLA adalah gabungan dengan minyak bunga matahari dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilan anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan.