Amalan
Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah:
1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat &
solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh-
Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali
Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.
2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan
takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa
kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang
yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu
itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.
3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada
hari itu akan dipenuhi.
4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4
rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari
itu.
5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas
Isyraq (di antara jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan
solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg
lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.
6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW
bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran
adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati
atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat
baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.
7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x
[tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}
8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu
tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan
berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan
mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan
mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”
9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan
memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.
10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang
istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak
akan menemuinya.
11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara
daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah
Al-Mulk dan surah As-Sajdah.
12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga
habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan
kejahatan
13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti
mana Nabi SAW tunjuk ajar.
14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah
keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik,
nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.
15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai
mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk
membentuk sifat Taqwa.
16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun
hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang
tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah
ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.
17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu
habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji
‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW
bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah
cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’
18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir
didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah
‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.
19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari
yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan
daripada suami-suami kamu.
20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda
Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat
besar.
21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir
akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.
22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata,
telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana
yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.
Amalkan
sedikit demi sedikit yg mana mampu. Semoga kita dpt amal dan sampaikan. Amin!!!
Wallahua'lam
Amalkan
sedikit demi sedikit yg mana mampu. Semoga kita dpt amal dan sampaikan. Amin!!!
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment