Tuesday, December 23, 2014

Bahayakah jika bayi mengeras semasa trimester ketiga



♥ ♥ ♥   GIMIK SI JANTUNG HATI    
Kandungan ku lagi 2 hari nak masuk 37 minggu pada 16 dec 2014. Tapi baby buat gimik kat ibu dan ayahnya. Tengah-tengah malam dalam pukul 12.30 pagi tetiba ade titisan darah keluar dari bawah, baby pula mula mengeras lebih daripada 10 minit. Puas YAA pujuk dan usap perut, baby tetap mengeras maybe protes mengacau baby tengah tidur.

Kesejukan air di Musim banjir pun YAA dah tak hirau, terus pergi mandi dan cek bahagian bawah masih ade cebisan darah sedikit dan baby tetap mengeras sama seperti tadi. Hati dah rasa tak keruan, terus hilang mood mengantuk tadi. Perasaan gundah gulana hanya Allah yang tahu. Suami terus pujuk pergi hospital  tengah-tengah pagi. Nasib baik semua perrsiapan beg baby,ibu dan bakul termos telah sebulan yang lalu lagi dipacking.

Tiba jer di hospital macam orang mamai pula rasa. Doktor Tanya macam-macam soalan macam kena interview lak rasanya. Tapi sebab perasaan risau kan baby lagi tinggi soalan Doktor seakan berlalu begitu sahaja tanpa jawapan.  Doktor terus buat pemeriksaan perut dan bahagian miss V untuk cek bukaan jalan. Selepas itu doktor terus hantar masuk  wad.



 cara CTG dipakaikan diperut ibu mengandung untuk mengesan denyutan jantung bayi dan kontraksi.
 

Ingatkan best masuk wad ni… sekali dia buat pemeriksaan kontraksi baby dan jantung baby. Kontraksi memang tinggi hampir 100 volt.,tapi  kontraksi jantung baby amat sikit sangat wave dia. Sebab baby tengah syok tidur. Jenuh nurse nak kejutkan baby, so ibu lah mangsanya. YAA kena sedut oksigen, dimasuk air satu beg.. huhuhu boleh tahan lagi sakitnya. Pukul 3 pagi YAA kena injured untuk dose matangkan paru-paru baby. Yang ini memang tak tertahan kesakitannya amat-amat sakit dan perit. Rasa nak tendang aje nurse yang injured YAA tu… memang sakit tau!


Kerana baby takmo bekerjasama, akhirnya kami berdua di tranfer ke hospital Kota Bharu…  BERMULA la episod  tidur yang tak lena di hospital. cardiotocography di pasang kat perut YAA untuk mengesan aras kontraksi bayi dan degupan jantung bayi.  Masa ini memang tak dibenarkan tidur kot, asal rasa mengantuk jer tetiba mesti ada nurse datang kejutkan. Huhuhu rasa terlampau dahaga dan lapar sepanjang sesi ini. Hanya Allah sahaja yang tahu. Macam-macam medical check up perut di buat. Start dari pukul 1 pagi sehingga pukul 7 pagi baru lah settle semuanya.  Selepas itu YAA di admit dalam wad.

 CTG akan mengesan gegaran jantung bayi dan kontraksi yang terhasil,dari result ini doktor boleh mengesan adakah anda benar-benar ingin bersalin atau pun hanyalah kontraksi palsu.



Mesin  cardiotocography (CTG)

Dek kelaparan yang tak tertahan, YAA tak sabar nak makan.  Dalam bekalan makanan yang YAA bawa just ada Milo 3 in 1, Kurma dan kismis. Semua manis-manis… hehehehe makan laa semua itu tak semena-mena kena suspek kencing manis. Sedihnya nurse pun bekalkan makanan orang bersalin  untuk YAA. Semua tawar-tawar sahaja kerana status YAA DIABETIC PREGNANCY!
 Tiada lauk ayam,
Tiada mee goreng
Tiada makanan manis dan masin.

Bayi dalam perut mula la kelaparan bila makan makanan tak ikut selera macam selalu. Hohohoho memang tak sabar nak discharge keluar wad. Nak makan banyak-banyak dan sedap-sedap sebelum bersalin ini. Setelah lebih daripada 24 jam di tahan di wad. Akhirnya pukul 5 petang hari khamis 18 Dec 2014 YAA dah boleh keluar. Rupanya satu hari setengah di wad YAA rasakan seperti 3 hari tau! Memang mati-mati Yaa ingatkan hari itu hari jumaat.  Lamanya rasa masa admit di wad.  Macam-macam kan YAA ini. 

Sebagai pengajaran kepada YAA, Di saat-saat minggu akhir due untuk bersalin
Ø  Mesti banyak borak dengan bayi dalam kandungan dan usap perut kita, sebab bayi akan faham dan beri kerjasama.
Ø  Research dan buat banyak tentang pembacaan yang berkaitan dengan ibu mengandung dan bayi.
Ø  Berboraklah dengan mereka yang sedang mengandung, mungkin banyak tip dan petua yang kita akan dapat daripada mereka.
Ø  Semasa Hubungan kelamin terutamanya dalam trimester ketiga, anda boleh elak dari kekejangan jenis kontraksi iaitu dengan melakukannya dengan lembut dan perlahan. Urutan belakang yang lembut selepas mencapai orgasme juga mungkin membantu.

Semoga perkongsian YAA ini bermakna dan berguna untuk bakal ibu diluar sana. Terima kasih sudi berkunjung ke blog YAA.


No comments:

Post a Comment