Wednesday, November 26, 2014

Anda ingin hamil dan cahaya mata yang comel?








SET SUBUR 1



Set kesuburan ini sebagai iktiar kita untuk hamil. Kerana Allah swt lebih suka  kita terus berusaha tanpa berputus asa dengan ujianNYA ini  untuk mendapatkan cahaya mata. YAA dalam tujuh bulan ikhtiar dengan Shaklee,Alhamdulillah dengan izin Allah swt yang disahkan preggy 5 bulan  masa berjumpa Doktor. Oppss… Mesti ramai yang nak tahu kan macamana dah LIMA BULAN baru sedar PREGGY? Boleh terus hubungi YAA 013-4483 505, Whatsapp ke mesej ke YAA akan cuba luangkan masa. In sya allah.

Ini Antara set Basic kesuburan yea isteri-isteri comel dan kuat serta tabah.

WANITA



Alfalfa Complex
 - Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

Hint anda akan bersalin?



TANDA-TANDA KELAHIRAN
·         ketahui tanda-tanda awal kelahiran supaya anda lebih bersedia.
·         antara tanda-tanda awal kelahiran ialah:
a. Berlaku kontraksi dan terdapat sedikit darah keluar dari faraj. Kontraksi boleh berlaku secara tiba-tiba
b. Cirit-birit dan diikuti dengan rasa memulas pada bahagian perut
c. Sakit belakang yang agak teruk dan tidak menentu
d. Sengal di bawah perut seperti senggugut
e. Cairan amniotik atau air ketuban keluar sedikit demi sedikit

Monday, November 17, 2014

♥Sembelit boleh menyebabkan buasir ketika hamil♥ AWAS!



ADUH! Sakitnya sembelit.

 

Sembelit adalah masalah yang biasa berlaku pada wanita yang hamil. Hampir kesemua wanita yang hamil mengadu mengalami sembelit terutama berada di akhir kehamilan. Tahap sembelit pula berbeza-beza. Ada yang mengadu tidak membuang air besar beberapa hari, sehingga rasa tidak selesa pada abdomen mereka. Ada juga yang mengadu najis mereka keras dan sukar dikeluarkan.

      Jika anda tahu, sembelit mampu menyebabkan buasir. Ketika anda hamil, sembelit akan menyusahkan anda. Jika anda membiarkan sembelit berterusan tanpa apa-apa tindakan, ibu hamil lebih mudah mendapat buasir. Sebagai contoh, anda kurang membuang air besar melebihi 3 hari, najis kering, dan sukar dikeluarkan bahkan kadangkala perlu meneran dengan kuat untuk membuang air besar. Hal ini akan menyebabkan otot-otot pada pembuluh darah di dalam lubang dubur akan melemah. Oleh sebab itu, ibu hamil mudah mendapat buasir.

Saturday, November 15, 2014

Rahsia untuk tingkatkan kesuburan suami anda



Tips nak tambah kehebatan suami anda

Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.

Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.

Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Sunday, November 9, 2014

Vitamin yang Terbaik untuk Ibu Hamil yang menghidapi Diabetes



Preggy Mom & Diabetes
Pengambilan 4 Jenis Vitamin bersama ESP untuk ibu mengandung yang mempunyai diabetes.

Jom lihat fungsinya satu persatu.


 1.Vita-lea Iron formula :
 DILENGKAPI dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Membantu meningkatkan HB ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.


2. B complex : 
LENGKAP dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu-ibu sentiasa berfikiran positif. Vitamin B juga dapat mejadikan wajah ibu lebih cantik berseri dan tidak kusam.

Tuesday, November 4, 2014

PART 3 :Bahaya bila ibu Hamil diabetes.




APAKAH YANG AKAN BERLAKU, BILA IBU HAMIL DISUSPEK ADA DIABETES (GDM)

Ibu yang berisiko biasanya akan disuruh jalani MGTT. Antara risikonya adalah:
 ♥  Mempunyai ibu / bapa penghidap diabetes
 ♥  Berat badan naik mendadak 
 ♥ Kandungan sebelum ini memang ada GDM
 ♥  Ibu yang melahirkan bayi besar sebelum ini

Ibu akan diminta berpuasa dari jam 10 malam hingga keesokannya. Bila sampai di klinik, bacaan gula dalam darah akan diambil. Selepas itu ibu akan diberi minum air glukosa.

Air ni memang manis, tak tahula berapa sudu gula dimasukkannya. Memang dah ada sukatan. Lepas minum air gula ibu disuruh tunggu selama 2 jam sebelum bacaan gula dalam darah diambil sekali lagi. Dalam tempoh 2 jam ini ibu tidak boleh makan atau minum apa-apa lagi.

Bayangkanlah puasa sejak pukul 10 malam dan pulak tu pukul 8 pagi pun belum boleh makan. Kena tunggu 2 jam lagi! Seksanya.  Saya semalaman tak dapat tidur langsung kerana baby kelaparan. Pukul 5 pagi baru terlelap mungkin terlampau lapar kot.. hihihi..  Saya hanya minum air kosong sahaja sehingga pukul 11 tengahari, baru lah darah diambil sekali lagi dan setengah jam kemudian keputusan darah dikeluarkan dari makmal.  Lega! Barulah dapat mengalas perut walaupun dengan keropok dan pisang goreng sahaja kerana terlampau kelaparan, hehehe…

Monday, November 3, 2014

PART 2 : Penyakit Diabetes di kalangan Ibu Hamil



Fenomena Diabetes Melanda ibu Hamil

Mengawal kadar gula dalam badan merupakan tugas setiap manusia, sebab bila paras gula terlalu tinggi kerana beberapa organ dalam badan sudah mula rosak kita akan menghadapi hiperglisemia dan boleh membawa kematian. Sebaliknya jika paras gula dalam badan terlalu rendah dan badan kehilangan tenaga untuk bergerak, maka kita akan menghadapi keadaan hipoglisemia dan boleh juga membawa kematian. Jadi, kawalan gula dalam darah yang stabil sangatlah penting agar kedua-dua fenomena di atas tidak berlaku.

Kadar gula dalam darah yang normal berada antara 4.4 hingga 6.1 mmol. Sesiapa yang mempunyai kadar gula dalam darah di bawah atau di atas daripada kadar normal akan menghadapi dua kes yang disebut dalam perenggan di atas, iaitu hipoglisemia (kurang gula) atau hiperglisemia (lebih gula).

Bagi mereka yang mempunyai fenomena kencing manis sebaiknya mempunyai alat pengukur  kadar darah agar kita boleh mengetahui pada bila-bila masa kadar gula dalam darah, dengan mengetahui kadar gula dalam darah kita boleh mengambil tindakan segera mengatasi masalah.

Sunday, November 2, 2014

PART 1: Tanda-tanda awal penyakit kencing Manis( Diabetes).



Apakah makna Kencing manis?

Penyakit kencing manis juga dikenali sebagai diabetes mellitus




PUNCA
Penyakit ini ialah suatu keadaan yang mana terdapatnya ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin. Insulin ialah suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot. Insulin juga menyebabkan lipogenesis, iaitu pembentukan trigliserida dan lemak. Ia juga menghalang pemecahan lemak dan meningkatkan penghasilan glukosa dalam hati.

6 Rahsia nak Kaya dan Dermawan?