Sunday, November 2, 2014

PART 1: Tanda-tanda awal penyakit kencing Manis( Diabetes).



Apakah makna Kencing manis?

Penyakit kencing manis juga dikenali sebagai diabetes mellitus




PUNCA
Penyakit ini ialah suatu keadaan yang mana terdapatnya ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin. Insulin ialah suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot. Insulin juga menyebabkan lipogenesis, iaitu pembentukan trigliserida dan lemak. Ia juga menghalang pemecahan lemak dan meningkatkan penghasilan glukosa dalam hati.


SIMPTON / TANDA-TANDA AWAL
Simptom-simptom yang paling biasa ialah:
♥  Kerap membuang air kencing
♥  Sentiasa berasa dahaga 
♥  Selera makan meningkat
♥  Letih
♥  Hilang berat badan 
♥  Jangkitan kulit yang kerap, misalnya jangkitan kulat pada kawasan kemaluan
♥  Luka yang lambat sembuh 
♥  Kadang-kadang penglihatan menjadi kabur
♥  Ahli keluarga menghidap kencing manis / keturunan
♥  Berusia 35 tahun ke atas dan mengalami masalah berat badan
Kebanyakan orang mempunyai satu atau lebih simptom tetapi ada orang yang tidak mempunyai sebarang simptom. 

KELAS / JENIS
1)  Diabetes Primer



Jenis I (IDDM)
Jenis ini dikenali sebagai Diabetes Mellitus Bergantung Insulin kerana insulin yang dihasilkan oleh badan adalah sangat rendah dan tidak mencukupi untuk keperluan badan. Bentuk ini lebih kerap ditemui dalam kanak-kanak dan remaja. Hanya 10% daripada pesakit kencing manis yang berusia lebih daripada enam puluh lima tahun menghidapi penyakit kencing manis jenis ini. Keadaan ini boleh dirawat dengan pengawalan pemakanan dan melalui suntikan insulin.


Jenis II (NIDDM)
Jenis ini juga juga dikenali sebagai Diabetes Mellitus Tak Bergantung Insulin. 90% daripada kes penyakit kencing manis tergolong dalam jenis ini. Dalam Diabetes Jenis II, pankreas menghasilkan insulin yang tidak mencukupi. Ia biasanya berlaku dalam orang yang berusia lebih daripada 40 tahun. Sebilangan besar pesakit (lebih kurang 85%) adalah gemuk. Keadaan ini biasanya bersifat keturunan. Rawatan biasanya terdiri daripada pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat. Sesetengah pesakit juga memerlukan suntikan insulin. 







2)  Diabetes Sekunder
Penyakit kencing manis ini disebabkan oleh penyakit pankreas yang lain, peningkatan permintaan terhadap fungsi pankreas yang tidak normal, seperti dalam penyakit kencing manis semasa mengandung, dan yang disebabkan oleh ubat dan toksin. Lebih kurang 20 hingga 25% wanita yang mengalami diabetes gestasi, atau penyakit kencing manis semasa mengandung, akan mengalami penyakit kencing manis apabila usia mereka telah meningkat. Rawatan bagi diabetes gestasi adalah melalui pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat. 


RAWATAN
Penyakit kencing manis biasanya ia merupakan suatu penyakit seumur hidup. Tujuan rawatan untuk penyakit kencing manis ialah untuk melegakan simptom dan mengembalikan paras gula darah kepada paras normal dan untuk mencegah komplikasi. Penyakit kencing manis yang dibiarkan tanpa kawalan akan menyebabkan kerosakan buah pinggang, mata, kaki dan kulit. Cara mengawal penyakit kencing manis termasuklah pemakanan, penjagaan berat badan, senaman dan ubat.




DIET DAN DIABETES DIET DAN DIABETES
Pengawalan pengambilan diet adalah salah satu faktor yang penting di dalam pengawalan tahap gula darah. Ini merupakan kunci pengurusan bagi kedua-dua jenis Diabetis Mellitus. Pengambilan diet hendaklah sekata sepanjang hari dan hendaklah konsisten hari demi hari.
Diet Diabetis adalah diet yang sihat dan sesuai diikuti oleh semua orang. Bagi pesakit diabetis, mereka perlu berhati-hati dalam pemilihan makanan kerana jenis makanan yang dimakan sangat mempengaruhi paras gula darah.
Pengambilan diet harian bergantung kepada beberapa faktor seperti berat badan, umur, pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan serta keadaan penyakit anda.
Diet harian mestilah seimbang iaitu mengandungi semua zat makanan yang diperlukan oleh tubuh untuk kesihatan yang baik dan memberikan tenaga yang mencukupi bagi menjalankan tugas seharian. 
Cadangan pembahagian kalori : 15% Protein, 30% Lemak, 55% Karbohidrat.

MATLAMAT RAWATAN DIET
1. Untuk mengawal paras glukosa di dalam darah serta mencegah kehilangan glukosa di dalam urin.
2. Untuk mendapatkan atau mengekalkan berat badan yang bersesuaian dengan ketinggian dan umur.
3. Untuk mengekalkan kalori yang mencukupi bagi melaksanakan aktiviti harian.
4. Untuk menjadikan diet yang baru ini sesuai dengan cara hidup pesakit.
5. Untuk melambatkan atau mengelakkan komplikasi diabetis.

Prinsip asas diet untuk pesakit Diabetis IDDM dan NIDDM adalah sama. Pesakit perlu memahami
3 perkara penting iaitu:
1. Apa yang hendak dimakan
2. Waktu makan yang sesuai
3. Amaun makan yang boleh dimakan.

NUTRISI YANG DIPERLUKAN
Kajian mendapati bahawa kekurangan zat galian seperti kromiun dan selenium mempunyai kesan ke atas insiden diabetis. Kromiun mempunyai fungsi untuk menyeimbangkan dan membantu mengekalkan gula darah pada mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat diabetes.

Kajian juga telah menunjukkan bahawa anti-oksidan seperti vitamin C dan E serta beta keroten ( sejenis vitamin A larut air ) boleh membantu mengurangkan risiko komplikasi yang berkaitan dengan diabetis.

PENGAMBILAN SERAT YANG BETUL
Serat atau serabut diet boleh didapati dalam bentuk larut ( yang larut dalam air - ia membantu penyerapan nutrien ) dan serat tak larut ( tidak dapat dihadam oleh sistem pencernaan - membantu mengelakkan sembelit ). Serat yang tak larut boleh digunakan  di dalam usahamengurangkan berat badan kerana ia memberikan kekenyangan. Pengambilan serat larut membantu melambatkan penyerapan gula dan kolestrol ke aliran darah. Saranan pengambilan serat : 30 - 40 gm. sehari.
Contoh makanan yang mengandungi serat :
Sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan, kekacang, bijirin, bijirin sarapan pagi, jagung, pasta dan sebagainya.

Suggest supplement Shaklee

sugar control set =
 VITALEA- multivitamin,
VITAMIN C - membantu dlm penyembuhan luka, mengurangkan asid urik dlm badan,
ALFALFA - bantu dalam mengurangkan keradangan,mencuci usus bagi membuang toksik,meneutralkan asid dlm badan
GLA COMPLEX - membantu mengurangkan sakit dan kebas yang berkaitan dengan masalah kencing manis,dapat membantu mengawal kencing manis (jenis 2) dengan membaiki kadar insulin & kolesterol
ZINC- membantu dalam menyembuhkan luka, Komponen penting bagi insulin
ESP- Menyokong kesihatan imunisasi badan , membantu dalam penyerapan supplement lain dgn lebih baik.


CONTACT YAA :
Call/ SMS/WhatsApp 013-4483 505
 FB Admin: NoorSuhazira Ismail (ID 998515)
Blog; vitasihat85.blogspot.com

Email: amera7199@gmail.com

COD area:Kota Bharu, Tumpat, Wakaf Baru , Pasir Mas.
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah melalui POSLAJU Prabayar.


Sumber :
More Info :

No comments:

Post a Comment