Wednesday, November 26, 2014

Hint anda akan bersalin?



TANDA-TANDA KELAHIRAN
·         ketahui tanda-tanda awal kelahiran supaya anda lebih bersedia.
·         antara tanda-tanda awal kelahiran ialah:
a. Berlaku kontraksi dan terdapat sedikit darah keluar dari faraj. Kontraksi boleh berlaku secara tiba-tiba
b. Cirit-birit dan diikuti dengan rasa memulas pada bahagian perut
c. Sakit belakang yang agak teruk dan tidak menentu
d. Sengal di bawah perut seperti senggugut
e. Cairan amniotik atau air ketuban keluar sedikit demi sedikit

f. Kontraksi berlaku semakin kerap
·         Info: Waktu kelahiran; tempoh masa melahirkan biasanya dibahagikan kepada tiga tahap. Ia biasanya akan berlaku dalam tempoh 12 hingga 16 jam bagi ibu yang baru pertama kali hamil dan kurang 12 jam bagi yang sudah berpengalaman.

 TAHAP PERTAMA
Kelahiran bermula:
*       Rasa Sakit Pada Bahagian Belakang Akibat Aktiviti Pengecutan Rahim Dan Pengembangan Serviks
*       Rasa Sakit Ini Akan Beralih Ke Hadapan Sehingga Bahagian Bawah Abdomen (Rongga Perut)
*       Keadaan Ini Berlaku Dalam Tempoh Tertentu Dan Sakit Makin Bertambah Setiap Kali Berlakunya Kontraksi
*       Tanda-Tanda, Akan Keluarnya Mukus Yang Bercampur Darah Dari Faraj
*       Ini Adalah Disebabkan Mukus Mula Memenuhi Serviks


TAHAP KEDUA
*       Serviks Terbuka Sepenuhnya Dan Air Ketuban Keluar Dengan Banyak Akibat Pundi Ketuban Pecah
*       Doktor Atau Bidan Akan Memerhatikan Pundi Kencing Anda Supaya Tidak Mengembung Kerana Boleh Menghalang Kepala Bayi Daripada Turun
*       Semasa Proses Kelahiran, Anda Perlu Baring Pada Posisi Yang Sesuai Sambil Meneran Sekuat Hati Apabila Kecutan Rahim Sampai Ke Puncaknya
*       Pada Ketikan Ini, Kepala Bayi Sudah Berada Pada Perineum Dan Bahagian Dubur Mulai Mengembang
*       Tugas Yang Paling Kritikal Pada Tahap Kedua Ialah Untuk Mengelak Perineum Terkoyak.


TAHAP KETIGA
*      Proses Pengeluaran Uri Dan Selaput Ketuban
*      Uri Biasanya Cepat Lekang, Ia Akan Mengambil Masa Dua Hingga Lima Minit Selepas Bayi Lahir
*      Selepas Ia Lekang Sepenuhnya, Doktor Akan Menggunakan Sebelah Tangan Untuk Menolak Rahim Yang Mengecut Ke Arat Pusat, Manakala Tangan Satu Lagi Akan Memegang Tali Pusat Ke Atas Untuk Meringankan Berat Uri Yang Keluar
*      Proses Menghentikan Pendarahan Dan Menjamin Pengecutan Serta Penarikan Rahim Dengan Sempurna

No comments:

Post a Comment