Tuesday, November 4, 2014

PART 3 :Bahaya bila ibu Hamil diabetes.




APAKAH YANG AKAN BERLAKU, BILA IBU HAMIL DISUSPEK ADA DIABETES (GDM)

Ibu yang berisiko biasanya akan disuruh jalani MGTT. Antara risikonya adalah:
 ♥  Mempunyai ibu / bapa penghidap diabetes
 ♥  Berat badan naik mendadak 
 ♥ Kandungan sebelum ini memang ada GDM
 ♥  Ibu yang melahirkan bayi besar sebelum ini

Ibu akan diminta berpuasa dari jam 10 malam hingga keesokannya. Bila sampai di klinik, bacaan gula dalam darah akan diambil. Selepas itu ibu akan diberi minum air glukosa.

Air ni memang manis, tak tahula berapa sudu gula dimasukkannya. Memang dah ada sukatan. Lepas minum air gula ibu disuruh tunggu selama 2 jam sebelum bacaan gula dalam darah diambil sekali lagi. Dalam tempoh 2 jam ini ibu tidak boleh makan atau minum apa-apa lagi.

Bayangkanlah puasa sejak pukul 10 malam dan pulak tu pukul 8 pagi pun belum boleh makan. Kena tunggu 2 jam lagi! Seksanya.  Saya semalaman tak dapat tidur langsung kerana baby kelaparan. Pukul 5 pagi baru terlelap mungkin terlampau lapar kot.. hihihi..  Saya hanya minum air kosong sahaja sehingga pukul 11 tengahari, baru lah darah diambil sekali lagi dan setengah jam kemudian keputusan darah dikeluarkan dari makmal.  Lega! Barulah dapat mengalas perut walaupun dengan keropok dan pisang goreng sahaja kerana terlampau kelaparan, hehehe…





Anda dikira ada GDM jika paras gula dalam darah seperti jadual berikut:









RISIKO TERHADAP IBU HAMIL DAN BABY
Banyak risiko penyakit berbahaya jika anda ada GDM. Walaupun anda tiada diabetes semasa keadaan normal (tidak mengandung), namun disebabkan anda ada GDM, risiko adalah tinggi untuk anda menghidapi penyakit kronik.

Penyakit kronik ini seperti sakit jantung, darah tinggi, kegagalan buah pinggang, diabetes dan macam-macam lagi.

Jika anda ada GDM, ia juga meninggikan risiko kandungan anda:

1. Bayi besar dalam kandungan

Susah nak bersalin, sesetengah orang takde masalah walaupun bayi besar dalam kandungan untuk bersalin normal. Ini sebabnya Allah memang ciptakan ibu sesuai dengan apa juga keadaan bayi. MasyaAllah.


2. Tarikh bersalin cukup-cukup hari

Doktor takkan benarkan anda untuk overdue sepertimana sesetengah ibu. Jadi walaupun belum ada tanda bersalin, anda akan diinduce untuk bersalin juga.


3. Pemantauan Rapi

Anda perlu jalani pemantauan rapi iaitu setiap 2 minggu darah anda akan diambil 4x sehari iaitu pagi, tengahari, petang dan malam.










Ada ibu yang sampai perlu cucuk insulin sebab gula tinggi sangat. Alhamdulillah saya pula tak sampai macam tu, sekadar perlu diet  sahaja.









4. Risiko bayi

Selepas kelahiran, bayi anda berisiko mendapat jaundis selepas lahir dan gula dalam darah rendah (hipoglisemia).



 

Cara Elakkan Diabetes Semasa Mengandung Atau GDM

Ada orang cerita dengan saya cara mereka elakkan diabetes:
- Minum air gula tu minum sekaligus, jangan sikit-sikit sampai rasa nak muntah.
- Minum air kosong juga selepas minum air gula
- Buat aktiviti sikit seperti berjalan, buat kerja rumah, tetapi jangan sampai pitam sebab belum makan.
- Ada yang mengelat, lepas minum air gula dia makan buah belimbing buluh 4-5 biji. Ini tak acilah sebab rules dia adalah tanpa makan dan minum lepas minum air gula.
Saya tak nak dikenakan minum air gula untuk kali kedua pula.. Tak sanggup nak berpuasa lagi kerana baby dalam proses membesar dan sering kelaparan. Jadi saya menggunakan set hamil dengan konsisten iaitu fullset  Set Hamil.





Semoga perkongsian ini berguna untuk anda semua. 

Nak tahu jadual makan SET PREGGY?
Hubungi saya YAA
 FB: Noorsuhazira Ismail
Whatsapp / Sms : 013-4483 505
ID 998515

No comments:

Post a Comment