Tuesday, December 23, 2014

Pentingkah Urutan susu semasa mengandung?



TIPS DI SAAT-SAAT  AKHIR SEBELUM BERSALIN


Ahad yang lepas 21 Dec 2014, YAA ada temujanji di Klinik desa. Sekarang dah masuk 37 minggu usia kandungan bermakna sekali seminggu mesti bertemujanji dengan nurse di sana. Risau jugak setiap minggu bertemujanji ni…. Risau berat badan naik mendadak laa….
Sebelum sampai due bersalin ini rasa nak makan macam-macam la pula….
Ais krim
Coklat Bar
Karipap berinti ubi buatan sendiri
Air kelapa
Coconut shake
ABC special

Nyum nyum nyum semua makanan YAA mengidam manis-manis. Kalau masam dan ala-ala asam  boi baby tak suka. Tengah makan pun perut di kick flying dari dalam oleh baby.  Serik la nak makan makanan masam atau jeruk. Memang baby sensitive sangat ngan makanan masam. Anti-masam kot macam ibu dan ayahnya laa kan?

Panjang pula YAA bercoleteh…. Sebenarnya  YAA nak sharing TIPS PERSEDIAAN SEBELUM BERSALIN yang diperturunkan oleh Nurse di Klinik Desa. Semoga tips ini bermanfaat untuk bakal-bakal ibu yang terHEBAT dan PenYAYANG.



TIPS 1
Sentiasa Berwaspada dengan kandungan, Sebarang masalah boleh terus rujuk ke hospital berhampiran dengan anda. Antara masalah:-
v  Pecah air ketuban.
v  Berlaku Pendarahan yang banyak.
v  Baby mengeras melebihi 10 minit.
v  Baby tidak bergerak untuk tempoh yang lama.
v  Pergerakan baby tidak cukup 10 kali dalam tempoh 12 jam.


TIPS 2
Kandungan Seawal  36 minggu, si ibu perlu membuat persediaan proses penyusuan untuk bayi.

Bagaimana?
Setiap pagi dan petang si ibu perlu buat urutan di breast sekerap yang mungkin sehingga keluar kolosterum berwarna kuning atau pun air  susu.  

Kenapa?
Untuk mempercepatkan proses pengeluaran air susu, kerana selalu untuk  anak sulung susu badan agak lambat keluar.



TIPS 3
Makan makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Elak minum ais/sejuk kerana boleh menyebabkan baby jadi besar. Besar kemungkinan vagina anda akan digunting atau beranak secara caesarean.


TIPS 4
Mesti buat pemeriksaan sebarang penyakit yang memudaratkan kerana jika anda tidak melaporkan dengan segera kemungkinan ia akan membahayakan si ibu semasa bersalin kelak. Antara penyakit yang mesti dilaporkan:-
Kencing manis
Asma
Darah tinggi
Jantung
Sebarang penyakit yang anda rasa bahaya.

TIPS 5
Selepas bersalin pastikan suami anda serahkan awal pagi(pukul 8 pagi) surat pengakuan bersalin anda yang dikeluarkan oleh pihak hospital kepada klinik desa. Tujuan memudahkan nurse di Klinik desa datang melawat anda.


Banyakkan tips yang PENTING… Tapi kalau ada sebarang kesilapan, anda boleh komen dan share di bahagian komen. Tengah-tengah malam macam blur pula. Hehehe

No comments:

Post a Comment