Thursday, August 21, 2014

B Complex memberi Kesan kepada Warna air kencing anda?




Vitamin B merupakan vitamin larut air dan Riboflavin yang tidak diserap, tetapi disingkirkan melalui air kencing dan memberi warna kuning cerah kepada urin.

Sekiranya warna urin adalah kuning cerah, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya jika kuning yang gelap, ia menandakan tubuh menghadapi kekurangan air (dehidrasi) dan perlu minum lebih banyak air.

Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut. 




KUNING PUCAT - warna urin normal

KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex.

KUNING GELAP – dehidrasi atau akibat pengambilan vitamin B complex.

KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati

OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax

KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)

KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan.

KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper.

Vitamin B complex sangat penting kepada ibu Hamil. Kekurangan B complex boleh menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk diserang pelbagai penyakit.




NoorSuhazira Ismail

SMS/WhatApps: 013 –4483 505

Shaklee ID: 998515



No comments:

Post a Comment