Saturday, August 9, 2014

Sedetik Di Majlis Raya Shaklee di Kota Bharu pada 9 Aug 2014


                 

Seronok dapat join Majlis Raya yang di anjurkan oleh Shaklee di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan.  Pelbagai aksi dan celoteh dari Staf HQ yang buat diriku tak kering gusi menahan tawa. Majlis berlangsung dengan gilang gemilang dan meriah sekali!

Ya Allah tak sabar pula nak merasa MASTER CELEBRATION diriku nanti. Pasti seronok kerana rasanya sudah lama Negeri Kelantan tidak mengadakan Master Celebration buat Warga Kelantan.  Adakah aku Perintis kepada Master Key Coordinator di Kelantan July 2015 ? In sya allah, rezeki itu pasti andai kita PERCAYA SEBELUM BERJAYA.






Suamiku sungguh berani! Sesuai dengan namanya Mohd Amirudin yang bermaksud Seorang Pemimpin. Untuk memeriahkan Majlis Hari Raya, Pihak Shaklee ada menganjurkan satu Games untuk Hawa dan satu Games untuk Adam. Yang Hawa aku tak sempat nak join pun sebab terlalu banyak sangat penyertaan dari warga Kelantan. Yang Kaum Adam memang semua pemalu nak join kot? hihihi... Dalam keterpaksaan untuk memenuhi permintaan buat hati dengan rela hati suamiku sudi naik stage untuk join game kaum Adam. Iaitu " memakaikan kain samping baju Melayu". Walaupun nama group suamiku ialah Menang tapi kemenangan tidak memihak kepada groupnya sekadar dapat hadiah saguhati sahaja. Walau apa pun aku tetap Bahagia dengan keberanian beliau. (^_^)




 Suamiku yang memakai baju purple. Model yang dipakaikan kain samping adalah anak uplineku sendiri iaitu Kak Narta Muda. 



Ini hadiah yang suamiku dapat dalam Majlis Hari Raya  Shaklee semalam B complex dan Zink complex, sesuai sangat untuknya sebab selalu sakit urat beberapa hari ini.




       

   Yang pastinya amat seronok kerana dalam masa yang sama kita dapat berkenalan dengan Warga Shaklee Kota Bharu dan Kelantan yang cukup sporting dan ramah. Setiap agen tersenyum manis menikmati hidangan jamuan Raya semalam di Hotel Grand Riverview dengan pelbagai juadah Raya.

         Selain itu ada juga diselitkan perkongsian testimoni dari agen sendiri yang terpaksa menanggung derita apabila adik yang disayangi disahkan menghidap Kanser Tulang oleh Doktor Pakar. Dalam keperitan adiknya yang masih kecil dan tidak mengerti penyakit kritikal yang dihidapi. Kakaknya Puan Zatta Ezzah tidak mengalah begitu sahaja dengan kesungguhan untuk membantu adiknya sihat seperti kanak-kanak lain dia memberi supplement shaklee kepada adiknya antaranya VIVIX, MEALSHAKE DAN CHEWABLE C .

         Selepas dua minggu adiknya sudah cergas dan bertenaga walaupun semasa membuat Kimoterapi. SubhanaAllah dengan ikhtiar dan usaha dengan izin Allah swt tiada penyakit yang tidak boleh di ubati melainkan kematian.Sama-samalah kita doakan Semoga adiknya cepat sihat dan sembuh seperti sediakala.






 Foto saat adiknya baru disahkan menghidap barah tulang.




Selepas menggunakan produk shaklee adiknya beransur pulih dan cukup ceria walaupun semasa menjalani rawatan kimoterapi.


Banyak juga ilmu yang dapat ditimba semalam, kerana sebelum jamuan hidangan Raya berlangsung ada disisipkan tip-tip untuk kekal langsing walaupun selepas menghadiri banyak rumah terbuka di musim perayaan Aidilfitri yang belum berakhir ini.  Penceramah kita tidak asing lagi, iaitu Pakar Kesihatan Nutrisi Shaklee dari HQ Puan Sarah yang mengolah tentang Cara nak menghidari dari diserang kolesterol dan kegemukan di musim Raya ini. Antara produk yang sesuai untuk kekal langsing seperti di Bulan Ramadan adalah
  • Alfalfa - Untuk membuang toksik dan lemak dari pemakanan kita.
  • Herbalax - Untuk mencuci usus dengan pencernaan lembut gabungan Daun Senna.
  • Lecithin - Mengemulsi lemak-lemak degil yang diserap melalui makanan kepada cebisan-cebisan kecil.
  • Phytocol-st  - Mengawal kolesterol masuk ke dalam sistem aliran darah kita yang boleh menyebabkan tekanan darah kita meningkat mendadak. Dengan Phytocol-st kolesterol dapat dikawal dengan pantas.

 Nak dapatkan VITAMIN SHAKLEE ANDA?

Saya boleh dihubungi melalui :-


Noorsuhazira Binti Ismail (ID 998515)
Page: TIPS Sihat
No Tel: 013-4483 505
Email: amera7199@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Tumpat, Wakaf Baru , Pasir Mas.
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah melalui POSLAJU Prabayar.

2 comments: