♥♥♥ POWER PUMPING, TEKNIK
TINGKATKAN HASIL SUSU IBU ♥♥♥
★Apa itu Power Pumping?★
Power Pumping merupakan satu
teknik mengepam susu ibu yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik
mengepam cara power pumping ni adalah sama seperti rutin kita mengepam selalu.
Bezanya, ada teknik dan cara perlaksaan yang special bila kita mengepam
menggunakan teknik Power Pumping ini. Teknik ni adalah untuk meniru gaya bayi
menyusu dan secara tak langsung akan meningkatkan hasil susu ibu yang di pam
oleh ibu.
Siapa Perlu Buat Power
Pumping?
1-
♥ Ibu yang
kekurangan susu Kekurangan susu adalah berpunca daripada pelbagai faktor spt
Period, perubahan hormon, emosi ibu terganggu dan lain-lain. ♥
2-
♥ Ibu yang
menyusukan anak angkat.
Teknik Power Pumping digunakan untuk
merangsang susu keluar. ♥
3-
♥ Ibu yang ingin
relaktasi / menyusukan semula anak yang telah berhenti menyusu susu ibu. ♥
■Macam Mana Nak Buat Power Pumping?■
[1]Jika anda menggunakan Single Pump:
♥♥♥Pam
breast kanan selama 10minit kemudian tukar pam breast kiri pula 10minit dan
bertukar semula ke breast kanan 10minit dan begitulah seterusnya untuk
kedua-dua breast selama 1jam. ♥♥♥
[2] Jika anda menggunakan Double Pump.
>>Pam kedua-dua belah breast
secara serentak selama 10 minit. Kemudian rehat atau stop pam 10 minit dan
sambung semula pam kedua belah breast 10 minit dan rehat semula 10 minit. Teruskan sehingga
1jam.
Saranan Waktu Mengepam?
Seelok-eloknya pam pada waktu
malam menjelang ke subuh. Ini kerana, pada waktu ini hormon untuk penghasilan
susu adalah tinggi.
★Berapa Lama Tempoh Nak
Dapatkan Hasilnya?★
Pertama
sekali, kita perlu ingat bahawa bukan sekali buat Power Pumping ni terus susu
mencurah penuh botol 5oz. Kita perlu sabar dan konsisten buat Power Pumping.
Sekurang-kurangnya satu minggu kita akan dapat hasil yang menakjubkan. Walaupun
pada hari pertama mengepam kita hanya dapat beberapa titis susu ataupun hanya
mengepam angin semata-mata, tapi teruskan juga mengepam dan teruskan buat Power Pumping selama seminggu
sekurang-kurangnya. Paling elok jika kita buat Power Pumping pada masa yang
sama setiap hari selama seminggu. Kerana susu akan di demand pada masa yang
sama.
Kesan
teknik ini adalah tertakluk pada individu itu sendiri. Ada yang dapat hasil yang
cepat dan ada yang dapat hasil dalam masa berbulan-bulan.Semakin kerap DEMAND
dan semakin banyak SUPPLY akan terhasil.
Sebagai
seorang islam, wajiblah kita berdoa dengan mengamalkan doa-doa untuk bantu
menambahkan susu dan yakinlah Allah swt akan membantu kita yang ikhlas ingin
memberikan yang terbaik untuk anak kita. Semoga tips ini berguna buat ibu-ibu
yang tekad dan berusaha untuk mendapatkan susu yang berkhasiat ini buat si manja.
YAA DOAKAN ,SEMOGA BERJAYA DENGAN USAHA MURNI ANDA SEBAGAI SEORANG IBU YANG BAIK DAN PENYAYANG.
Ada sebarang perkongsian boleh hubungi YAA
sms/Whatsapp : 013-4483 505
Facebook : Noorsuhazira Ismail
No comments:
Post a Comment