Tuesday, September 23, 2014

Petua mudah untuk menghilangkan demam kuning bayi anda.



Demam Kuning Penyakit UTAMA Bagi Bayi Baru Lahir

Alah cuma kuning sikit tu biasalah..cuba jemur bayi tu dibawah matahari pagi nanti kuranglah kuning tu". Percaya atau tidak ia tidak akan membantu dan ini berdasarkan pada pengalaman ramai ibu-ibu diluar sana.

Kebanyakkan kes demam kuning atau dalam istilah perubatan; Jaundice  tidak berbahaya dan boleh hilang sendiri jika tahu cara mengatasinya. Bagaimanapun, jangan kita ambil ringan kerana dalam kes tertentu ia boleh membahayakan kesihatan dan pertumbuhan bayi. Dan mereka memerlukan pemerhatian rapi dari doktor. 

Tapi YAA percaya masih ramai para ibu bapa yang masih mengamalkan amalan petua lama dan akibatnya apabila demam kuning bayi meningkat bayi ditahan diwad dan ibu yang masih dalam pantang terpaksa berulang alik ke hospital untuk menyusukan bayi mereka. Tidakkah itu menyusahkan si ibu gara-gara amalan petua lama.


Apa Itu Demam Kuning?

Demam kuning atau jaundis (dalam istilah perubatan) terjadi hampir 60-70 peratus pada bayi yang baru lahir. Ia terjadi apabila bilirulin iaitu pigmen kuning yang terhasil ketika penguraian normal sel darah merah. 


Bila bayi mudah diserang demam kuning?

Biasanya berlaku dari hari pertama hingga ke-4 tetapi bergantung kepada jenis demam kuning. Sekiranya selepas 14 hari bayi anda tidak ada tanda-tanda diatas, mungkin bayi anda terselamat dari terkena penyakit utama bayi yang baru lahir ini.


Apakah punca demam kuning?

1. Masalah serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal. 
2. Kurang diberi susu ibu. 
3. Jangkitan atau kelahiran yang trauma



Apakah Rawatan Demam Kuning? 

Tahukah anda antara rawatan yang akan diberikan sekiranya si bayi tadi dikenalpasti menghidap demam kuning adalah fototerapi- penggunaan cahaya bililight (bukan dengan cahaya matahari)
 Bayi dibogelkan, mata mereka ditutup dan diletakkan dibawah cahaya bililight dan akan diteruskan sehingga bilirubin menurun. 
- Dalam kes tertentu, penukaran darah bayi akan dijalankan kerana ini langkah yang cepat berkesan untuk menghilangkan demam kuning.



Bagaimana Mengenalpasti penyakit demam kuning:

1. Jika bayi anda asik mengantuk, kerap tidur, tidak kerap membuang air besar dan kurang menyusu seperti biasa sila periksa kulit bayi anda.

2. Pemeriksaan sendiri boleh dilakukan dengan menekan kulit bayi dibawah cahaya yang banyak. - Tekankan secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada. - Sekiranya ada kesan kekuningan selepas jari diangkat, bayi anda mengalami demam kuning. - Jika yang berkulit gelap, periksa pada gusi atau mata putih. Jika warna kekuningan sila dapatkan rawatan selanjutnya diklinik-klinik berhampiran

3. Darah bayi diambil untuk mengetahui kandungan bilirulin. Sekiranya kandungan bilirulin tinggi dalam darah pengawasan rapi doktor diperlukan. 


Kesan Demam Kuning Terhadap Bayi Jika Serius Tanpa Rawatan Yang Betul: 

1. Pendengaran bayi akan terjejas
2. Proses perkembangan otak bayi akan terganggu.



Risiko Demam Kuning adalah tinggi sekiranya: 

1. Bayi yang kurang disusukan selepas dilahirkan. 
2. Bayi lahir pramatang (sebelum 28 minggu)
3. Darah ibu dan bayi yang baru dilahirkan berlainan
4. Sejarah adik beradik si bayi yang pernah mengalami demam kuning
 5. Mempunyai kesan lebam ketika lahir akibat penggunaan oxytocin (ubat mempercepatkan kelahiran)
6. Jangkitan atau kelahiran yang trauma .




PETUA UNTUK BABY KENA KUNING (JAUNDICE)
Demam kuning atau jaundice kini dah menjadi satu kebiasaan bagi bayi baru lahir. Buat ibu bapa baru, jangan panik andai anak anda kena demam kuning. Ada banyak rawatan susulan yang boleh anda praktikkan untuk mengurangkan kesan demam kuning atau jaundice ini pada anak atau bayi.

         Susu ibu adalah anugerah Tuhan, gunakan sebaik mungkin buat bayi yang baru lahir. Segala khasiat dan zat daripada susu ibu mampu meningkatkan tahap keimunan bayi kepada pelbagai penyakit. Berilah susu ibu sebanyak mungkin atau paling kerap setiap 2 jam sekali. Susu pertama ibu dan teknik penyusuan yang betul dapat mengelakkan bayi dari terkena serangan demam kuning. Kolostrum dan susu yang diterima bayi akan membantu pembuangan najis dan mempercepatkan pengeluaran bilirubin. 

         Pastikan ibu sentiasa bersedia untuk menyusukan anak atau bayi yang baru lahir. Dan bagi ibu, sila kawal dan jaga pola pemakanan anda agar si bayi mendapat khasiat sempurna dan lengkap dari penyusuan susu ibu.


Antara petua lain yang boleh dipraktikkan:

(PETUA INI SEELOKNYA DIAMALKAN OLEH SI IBU SEMASA MENGANDUNG YEA)
Susu kambing  ♥ Seeloknya diminum sekali sebulan setelah usia kandungan menjangkau 7 bulan ke atas. In sya allah minuman sunnah ini dapat mengelak bayi daripada dijangkiti demam kuning.
Sengkuang Cina + Anggur Hitam ♥ Sepanjang mengandung anda juga boleh amalkan memakan sengkuang cina dan anggur hitam tanpa biji. Sebab kakak YAA sepanjang tiga kali mengandung dan ketiga-tiga anaknya bebas daripada demam kuning selepas dia mengamalkan pemakanan ini.


2 comments:

  1. Thanks for sharing….

    Anak buah last year pun kena jaundice,,,baru lahir jaundice reading lebih kurang 280, doctor suruh masuk wad. Memang pening, isteri baru bersalin dah kena masuk wad. NAsib baik ada kawan baritahu ada website (http://www.hometherapyy.com) tel : 0123404007 menawarkan khidmat menyewa mesin LED PHOTOTHERAPY. buat rawatan kat rumah…selesa dan selesai masalah. Lepas 3 hari turun to normal 150….ALHAMDULILAH . Kemudahan TUHAN bagi dengan teknologi sekarang dapat membantu mereka yang memerlukan dan selamat.

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing….

    Anak buah last year pun kena jaundice,,,baru lahir jaundice reading lebih kurang 280, doctor suruh masuk wad. Memang pening, isteri baru bersalin dah kena masuk wad. NAsib baik ada kawan baritahu ada website (http://www.hometherapyy.com) tel : 0123404007 menawarkan khidmat menyewa mesin LED PHOTOTHERAPY. buat rawatan kat rumah…selesa dan selesai masalah. Lepas 3 hari turun to normal 150….ALHAMDULILAH . Kemudahan TUHAN bagi dengan teknologi sekarang dapat membantu mereka yang memerlukan dan selamat.

    ReplyDelete