Tuesday, December 23, 2014

Pentingkah Urutan susu semasa mengandung?



TIPS DI SAAT-SAAT  AKHIR SEBELUM BERSALIN


Ahad yang lepas 21 Dec 2014, YAA ada temujanji di Klinik desa. Sekarang dah masuk 37 minggu usia kandungan bermakna sekali seminggu mesti bertemujanji dengan nurse di sana. Risau jugak setiap minggu bertemujanji ni…. Risau berat badan naik mendadak laa….
Sebelum sampai due bersalin ini rasa nak makan macam-macam la pula….
Ais krim
Coklat Bar
Karipap berinti ubi buatan sendiri
Air kelapa
Coconut shake
ABC special

Nyum nyum nyum semua makanan YAA mengidam manis-manis. Kalau masam dan ala-ala asam  boi baby tak suka. Tengah makan pun perut di kick flying dari dalam oleh baby.  Serik la nak makan makanan masam atau jeruk. Memang baby sensitive sangat ngan makanan masam. Anti-masam kot macam ibu dan ayahnya laa kan?

Panjang pula YAA bercoleteh…. Sebenarnya  YAA nak sharing TIPS PERSEDIAAN SEBELUM BERSALIN yang diperturunkan oleh Nurse di Klinik Desa. Semoga tips ini bermanfaat untuk bakal-bakal ibu yang terHEBAT dan PenYAYANG.

Bahayakah jika bayi mengeras semasa trimester ketiga



♥ ♥ ♥   GIMIK SI JANTUNG HATI    
Kandungan ku lagi 2 hari nak masuk 37 minggu pada 16 dec 2014. Tapi baby buat gimik kat ibu dan ayahnya. Tengah-tengah malam dalam pukul 12.30 pagi tetiba ade titisan darah keluar dari bawah, baby pula mula mengeras lebih daripada 10 minit. Puas YAA pujuk dan usap perut, baby tetap mengeras maybe protes mengacau baby tengah tidur.

Kesejukan air di Musim banjir pun YAA dah tak hirau, terus pergi mandi dan cek bahagian bawah masih ade cebisan darah sedikit dan baby tetap mengeras sama seperti tadi. Hati dah rasa tak keruan, terus hilang mood mengantuk tadi. Perasaan gundah gulana hanya Allah yang tahu. Suami terus pujuk pergi hospital  tengah-tengah pagi. Nasib baik semua perrsiapan beg baby,ibu dan bakul termos telah sebulan yang lalu lagi dipacking.

Tiba jer di hospital macam orang mamai pula rasa. Doktor Tanya macam-macam soalan macam kena interview lak rasanya. Tapi sebab perasaan risau kan baby lagi tinggi soalan Doktor seakan berlalu begitu sahaja tanpa jawapan.  Doktor terus buat pemeriksaan perut dan bahagian miss V untuk cek bukaan jalan. Selepas itu doktor terus hantar masuk  wad.



 cara CTG dipakaikan diperut ibu mengandung untuk mengesan denyutan jantung bayi dan kontraksi.
 

Ingatkan best masuk wad ni… sekali dia buat pemeriksaan kontraksi baby dan jantung baby. Kontraksi memang tinggi hampir 100 volt.,tapi  kontraksi jantung baby amat sikit sangat wave dia. Sebab baby tengah syok tidur. Jenuh nurse nak kejutkan baby, so ibu lah mangsanya. YAA kena sedut oksigen, dimasuk air satu beg.. huhuhu boleh tahan lagi sakitnya. Pukul 3 pagi YAA kena injured untuk dose matangkan paru-paru baby. Yang ini memang tak tertahan kesakitannya amat-amat sakit dan perit. Rasa nak tendang aje nurse yang injured YAA tu… memang sakit tau!

Monday, December 22, 2014

Rahsia nak jadi Jutawan





50 Fakta Menarik tentang Kisah dan Prinsip Hidup TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY
ORANG MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA-semoga ianya dapat memberi teladan dan inspirasi buat kita semua dalam memajukan diri dan ummah, InsyaAllah. 



1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan WARISAN UNTUK ANAK BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.

2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. SAYA PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA SAHAJA ASALKAN MEREKA BERUSAHA DENGAN TEKUN . Tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT.

Sunday, December 14, 2014

Risau berat badan naik secara mendadak ketika hamil



Berat badan naik mendadak?

Assalamualaikum wrt…. Semoga sahabat-sahabat semua sihat walafiat selalu.  Teruja dengan kehamilan PERTAMA? Mesti anda sebagai ibubapa nak yang terbaik untuk si Jantung hati anda. Semua makanan berkhasiat dan sedap terasa nak makan supaya si kecil turut mendapatkannya.  Tapi  awas! Jangan berat badan anda bertambah melebihi paras yang ditetapkan oleh pihak hospital udah ler. Penyelesaian yang terbaik dari pihak hospital adalah minum air gula satu gelas dan berpuasa 12 JAM.

YAA dah 2x dikenakan minum air gula gara-gara berat badan naik secara mendadak. Serik juga bila malam-malam seawal pukul 10 malam YAA disarankan berpuasa dan lebih kurang pukul 11 tengahari baru dibenarkan berbuka. Baby dalam perut protes tak mau tidur masa kali pertama YAA dikenakan minum air gula. Pukul 5 Pagi baru dapat tidur, baby mengamuk kelaparan kot…. Hihihihi. Kuat makan macam ibunya jugak baby ini.


Wednesday, November 26, 2014

Anda ingin hamil dan cahaya mata yang comel?








SET SUBUR 1



Set kesuburan ini sebagai iktiar kita untuk hamil. Kerana Allah swt lebih suka  kita terus berusaha tanpa berputus asa dengan ujianNYA ini  untuk mendapatkan cahaya mata. YAA dalam tujuh bulan ikhtiar dengan Shaklee,Alhamdulillah dengan izin Allah swt yang disahkan preggy 5 bulan  masa berjumpa Doktor. Oppss… Mesti ramai yang nak tahu kan macamana dah LIMA BULAN baru sedar PREGGY? Boleh terus hubungi YAA 013-4483 505, Whatsapp ke mesej ke YAA akan cuba luangkan masa. In sya allah.

Ini Antara set Basic kesuburan yea isteri-isteri comel dan kuat serta tabah.

WANITA



Alfalfa Complex
 - Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

Hint anda akan bersalin?



TANDA-TANDA KELAHIRAN
·         ketahui tanda-tanda awal kelahiran supaya anda lebih bersedia.
·         antara tanda-tanda awal kelahiran ialah:
a. Berlaku kontraksi dan terdapat sedikit darah keluar dari faraj. Kontraksi boleh berlaku secara tiba-tiba
b. Cirit-birit dan diikuti dengan rasa memulas pada bahagian perut
c. Sakit belakang yang agak teruk dan tidak menentu
d. Sengal di bawah perut seperti senggugut
e. Cairan amniotik atau air ketuban keluar sedikit demi sedikit

Monday, November 17, 2014

♥Sembelit boleh menyebabkan buasir ketika hamil♥ AWAS!



ADUH! Sakitnya sembelit.

 

Sembelit adalah masalah yang biasa berlaku pada wanita yang hamil. Hampir kesemua wanita yang hamil mengadu mengalami sembelit terutama berada di akhir kehamilan. Tahap sembelit pula berbeza-beza. Ada yang mengadu tidak membuang air besar beberapa hari, sehingga rasa tidak selesa pada abdomen mereka. Ada juga yang mengadu najis mereka keras dan sukar dikeluarkan.

      Jika anda tahu, sembelit mampu menyebabkan buasir. Ketika anda hamil, sembelit akan menyusahkan anda. Jika anda membiarkan sembelit berterusan tanpa apa-apa tindakan, ibu hamil lebih mudah mendapat buasir. Sebagai contoh, anda kurang membuang air besar melebihi 3 hari, najis kering, dan sukar dikeluarkan bahkan kadangkala perlu meneran dengan kuat untuk membuang air besar. Hal ini akan menyebabkan otot-otot pada pembuluh darah di dalam lubang dubur akan melemah. Oleh sebab itu, ibu hamil mudah mendapat buasir.