ADUH! Sakitnya sembelit.
Sembelit
adalah masalah yang biasa berlaku pada wanita yang hamil. Hampir kesemua wanita
yang hamil mengadu mengalami sembelit terutama berada di akhir kehamilan. Tahap
sembelit pula berbeza-beza. Ada yang mengadu tidak membuang air besar beberapa
hari, sehingga rasa tidak selesa pada abdomen mereka. Ada juga yang mengadu
najis mereka keras dan sukar dikeluarkan.
Jika anda tahu, sembelit mampu menyebabkan
buasir. Ketika anda hamil, sembelit akan menyusahkan anda. Jika anda membiarkan
sembelit berterusan tanpa apa-apa tindakan, ibu hamil lebih mudah mendapat
buasir. Sebagai contoh, anda kurang membuang air besar melebihi 3 hari, najis
kering, dan sukar dikeluarkan bahkan kadangkala perlu meneran dengan kuat untuk
membuang air besar. Hal ini akan menyebabkan otot-otot pada pembuluh darah di
dalam lubang dubur akan melemah. Oleh sebab itu, ibu hamil mudah mendapat
buasir.
Penyebab sembelit ketika hamil?
1.Rasa
Kerisauan,
2. Kurang
Pergerakan Fizikal
3.Pemakanan
Yang Kurang Serat (Fiber).
(Makanan yang
pedas dan makanan yang berjenis ‘fast-food’. Makanan-makanan ini semua akan
menyebabkan najis menjadi keras kerana dalam makanan tersebut tiada serat yang
mengandungi air. )
4.Dalam
Tubuh Wanita Hamil Juga Mengandungi Hormon Progesteron Yang Banyak,
(
Yang Menyebabkan Usus Memproses Makanan Dengan Lebih Perlahan. )
5.Rahim Yang
Semakin Membesar
(
juga akan menyebabkan tekanan fizikal pada usus sehingga menghalang pergerakan
najis ke usus besar dan rektum.)
TIPS UNTUK MENGATASI SEMBELIT
1.
Makan makanan yang banyak serat seperti cereals, beras perang, kekacang,
sayur-sayuran dan buah-buahan.
2.
Minum air secukupnya, antara enam hingga lapan gelas sehari. Minuma jus orune
dan yogurt membantu melancarkan system pembuangan najis. Ramai yang mengamalkan
minum air suam sebaik saja bangun pagi bagi memudahkan membuang air besar di
waktu pagi.
3.
Melakukan senaman ringan seperti berjalan, menunggang basikal senaman
(stationary bike) juga membantu pergerakan usus besar.
4.
Jika sembelit disebabkan oleh pil suplemen yang didapati dari pusat kesihatan,
berbincanglah dengan doktor dan jururawat.
Sekiranya sembelit menyerang…
- Banyakkan mengambil makanan berserat.
- Sayur-sayuran dan buah-buahan segar atau kering, contoh bijirin, kekacang atau betik
- Banyakkan minum air atau jus buah-buahan
- Air dan jus buah-buahan sangat penting bagi pergerakan sisa buangan dalam salurannya.
- Dapatkan nasihat doktor
- Jika sembelit masih tidak berkurang, dapatkan nasihat doktor, kemungkinan anda perlukan supplement.
Selalunya sembelit ketika hamil tidak berbahaya. Namun jika
sembelit bersama-sama dengan masalah lain seperti
♥ Sakit perut yang
keterlaluan,
♥ Sembelit yang diselang
selikan dengan cirit-birit
♥ Sembelit yang menyebabkan najis bercampur darah,
maka haruslah berjumpa dengan doktor untuk
pemeriksaan.
Nak supplement untuk atasi Sembelit?
Hubungi saya YAA
FB: Noorsuhazira Ismail
Whatsapp / Sms : 013-4483 505
ID 998515




No comments:
Post a Comment